Syarikat Di China Dakwa Hasilkan Kenderaan Berkuasa Air

Sumber: Sohu

Sebuah syarikat berpangkalan di China dilaporkan telah menghasilkan kenderaan berkuasa hidrogen yang didakwa mampu berjalan jauh dengan hanya menggunakan air sebagai bahan api utama.

Menurut laporan South China Morning Post, syarikat tersebut – Qingnian Cars – telah memandu kenderaan prototaip tersebut dalam perjalanan pertamanya, 22 Mei lalu.

Ketua Eksekutif, Pang Qingnian, turut memberitahu pihak media bahawa kenderaan tersebut mampu bergerak sejauh 300 ke 500 kilometer dengan penggunaan air sekitar 400 liter.

“Saya tidak boleh mendedahkan rahsia teknologi yang digunakan. Apa yang pasti kami mencapai kejayaan ini tanpa perlu berbelanja besar.

Sumber: Bajiahao.com

Difahamkan, enjin tersebut digerakkan dengan hidrogen yang dijana menerusi tindak balas kimia dihasilkan oleh pemangkin yang menggabungkan serbuk aluminium dan air.

Menurut Forbes, kenderaan berkuasa hidrogen semakin mendapat tempat di Amerika Syarikat dan Jepun ekoran profil pelepasan rendah karbon sekaligus tidak memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Tambahan pula, air boleh didapati di mana sahaja.

“Hidrogen boleh dihasilkan menerusi air, gas asli dan metana. Pengekstrakan hidrogen yang biasa dilakukan adalah menerusi proses elektrolisis yang melibatkan penggunaan tenaga elektrik bagi memisahkan air kepada gas hidrogen dan oksigen – sekaligus menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kimia.

“Hidrogen ini kemudiannya boleh disimpan atau dipindahkan malah boleh ditukarkan semula kepada tenaga elektrik dalam bentuk sel bahan api. Jika tenaga yang digunakan dalam proses tersebut datang dari tenaga yang boleh diperbaharui, keseluruhan proses tersebut adalah ’emission-free’.

Sumber: Abacus News

Sebelum ini terdapat banyak syarikat lain yang mendakwa telah menghasilkan kenderaan berkuasa air tetapi rata-rata dakwaan mereka dibuktikan palsu.

Bagaimanapun, Qingnian Cars dilaporkan telah menghasilkan teknologi hidrogen sejak 2006 hasil kerjasama dengan Universiti Hubei.

(SUMBER: WorldOfBuzz)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]