Aprilia RS660 Bakal Direalisasikan Dalam Masa Terdekat

Ketika Aprilia mempamerkan model konsep bagi Aprilia RS660 di EICMA tahun lalu, peminat jentera dua roda kembali teruja dengan jenama Itali itu. Bagaimanapun, perasaan tersebut bercampur dengan pelbagai prasangka dan skeptikal susulan ada yang berpendapat model tersebut akan kekal sebagai konsep dan tidak akan dibawa ke proses pembuatan. Perasaan skeptikal itu mungkin berubah apabila timbulnya…

Tambahan Masa 5 Saat Menafikan Kemenangan Sulung Vettel

Lewis Hamilton muncul pemenang di GP Kanada sekaligus mengukuhkan kedudukan dalam perebutan kejuaraan selepas tambahan masa lima saat menafikan kemenangan sulung Sebastian Vettel musim ini. Saat penentu tersebut berlaku di pusingan ke-48 apabila Vettel – yang sedang mendahului perlumbaan – tersasar daripada litar di selekoh keempat sebelum bingkas kembali sertai perlumbaan dengan merentasi permukaan berumput….

Honda CB125X Dan CB125M Hampiri Proses Pembuatan

Apabila bercakap tentang motosikal 125cc, penekanan harus diberikan kepada reka bentuk jentera ekoran segmen tersebut lebih menarik perhatian golongan muda. Pada masa sama, kepelbagaian alat ganti ‘aftermarket’ di pasaran antara faktor utama jentera 125cc digemari pembeli muda. Sementara itu, jentera 125cc merupakan motosikal permulaan yang sesuai sebelum beralih ke jentera dengan enjin yang lebih besar….

Zarco Bakal Sertai Honda Bagi Projek WSB 2020?

Selepas merekodkan keputusan mengecewakan di GP Itali minggu lalu – menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir dibezakan 41 saat dengan pendahulu – masa depan Johan Zarco di KTM kelihatan semakin malap. Senario itu sekaligus menimbulkan desas-desus bahawa pelumba berusia 28 tahun itu bakal dipikat pasukan Honda bagi projek World Superbike 2020. Ketika ini hubungan diantara Zarco…

Honda CRF850L Sedang Dalam Pembikinan – Africa Twin Mampu Milik?

Difahamkan, Honda sedang dalam proses pembikinan motosikal ‘adventure’ baharu – CRF850L atau Africa Twin dengan enjin yang lebih kecil. Menurut khabar angin tersebut, model tersebut akan ditayangkan pada 2020 dan akan dijual sebagai model tahun berikutnya. Bagaimanapun, masih tiada kepastian tentang reka bentuk sebenar model ini. Tetapi difahamkan, CRF850L akan memiliki mengekalkan rekaan sama seperti…

Suzuki Bakal Perkenalkan Katana 1135R?

Suzuki dilaporkan dalam perancangan untuk memperkenalkan Suzuki Katana dengan spesifikasi yang lebih premium – diberi nama Suzuki Katana R. Menurut laporan di Jepun, model edisi terhad tersebut akan diberi nama Suzuki Katana 1135R dan akan berkongsi beberapa spesifikasi sama yang terdapat pada Suzuki GSX-R1000R. Jadi peminat Suzuki boleh menjangkakan Katana R akan memiliki penyerap hentakan…

Trump Anggap Pengeluar Kereta Jepun Ancam Keselamatan AS

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah membuat keputusan untuk mengadakan sekatan terhadap Huawei kerana menganggap pengeluar telefon pintar itu sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Kini, presiden Amerika Syarikat ke-45 itu beranggapan pengeluar kereta Jepun dan Eropah sebagai ancaman baharu negara itu lantas bertindak memberhentikan hubungan perdagangan dengan mereka buat sementara waktu. Tindakan…

Prestasi Semasa Espargaro Umpama Casey Stoner Pada 2007 – Zarco

Menurut pelumba KTM, Johan Zarco, prestasi semasa rakan sepasukan Pol Espargaro menyamai era Casey Stoner ketika bersama Ducati pada 2007. Espargaro, yang menyertai KTM pada 2017, merupakan pelumba utama di samping rakan sepasukan Bradley Smith selama dua tahun bersama jentera RC16. Bagi tahun ini, kedudukan Smith kemudiannya digantikan dengan nama besar, Zarco – yang dicanang…

Penjualan KTM Terus Meningkat Di Eropah, Pierer Luah Rasa Teruja

Ketua Pegawai Eksekutif KTM Industries AG, Stefan Pierer, meluahkan rasa teruja dengan penjualan jentera KTM di benua Eropah. “Saya berasa amat terkejut. Pasaran Eropah sangat menakjubkan tahun ini,” ulas Pierer, yang menyaksikan penjualan KTM menignkat 10 peratus kepada 261,000 unit berbanding tahun lalu. Meskipun pada awalnya berasa gusar dengan beberapa senario politik yang melanda benua…