PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Lancarkan Bengkel Bergerak Pertama Di Malaysia

  • PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) telah melancarkan bengkel penyelenggaraan bergerak pertama Malaysia pada hari ini.
  • Bengkel bergerak ini akan menjelajah seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia bagi menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan motosikal yang digandingkan dengan minyak pelincir PETRONAS Sprinta.
  • Turut dilancarkan adalah peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019”, di mana hadiah utamanya adalah sebuah motosikal Yamaha YZF-R6 lengkap dengan kemasan grafik pasukan PETRONAS YAMAHA SRT MotoGP!

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) telah melancarkan bengkel penyelenggaraan bergerak PETRONAS Sprinta Mobile Workshop yang pertama di Malaysia pada hari ini. Direka bagi menawarkan perkhidmatan yang pantas, cepat, mudah, dan professional, bengkel bergerak yang unik ini akan melawat seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia bagi menawarkan kebolehan menyelenggara motosikal yang digandingkan dengan minyak pelincir PETRONAS Sprinta mereka.

Kontena berkeluasan 20 kaki yang lengkap ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, di stesen minyak PETRONAS Technology Park Malaysia. Bengkel bergerak ini turut menyediakan ruang istirehat yang selesa dan ranggi buat para pemilik motosikal untuk berehat sewaktu menantikan motosikal mereka untuk diselenggarakan.

Menurut Dato’ Sri Zainal Abidin,” Bengkel penyelenggaraan bergerak ini diadakan dengan tujuan untuk menyediakan kepada para pengguna kami dengan kemudahan dan pengalaman unik yang lancar di mana para pengguna boleh berehat dan meyakini perkhidmatan penyelenggaraan yang dijalankan oleh juruteknik kami yang amat professional. Secara purata, keseluruhan proses ni mengambil masa kira-kira lapan minit bagi sebuah motosikal berkapasiti kecil dan sederhana.”

PETRONAS turut mempergunakan peluang keemasan ini untuk melancarkan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019”, di mana seorang pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah utama, sebuah motosikal Yamaha YZF-R6 yang lengkap dengan kemasan grafik pasukan PETRONAS YAMAHA SRT MotoGP. Hadiah mingguan dan bulanan juga sama mengujakan di mana PETRONAS akan menghadiahkan motosikal Yamaha YZF-R25 dan Y15ZR.

Tempoh peraduan ini adalah dari 11 Mac hingga 30 September 2019, bersempena dengan musim baharu MotoGP, dengan hadiah-hadiah bernilai RM300,000 yang boleh dimenangi! Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel bergerak dan peraduan ini, sila layari laman sesawang www.mymesra.com.my.