Festival International Motomania of Kuala Lumpur 2019 Menggegarkan Ibu Kota

  • Festival International Motomania of Kuala Lumpur 2019 telah menggegarkan ibu kota sepanjang hujung minggu yang lalu.
  • Pelbagai penjual, kecil dan besar, turut serta dalam festival ini, antaranya Harley-Davidson, Moto Guzzi, Aprilia, Shell Indian Motorcycles, Ducati, Yamaha, dan lain-lain.
  • Persembahan rock retro berkumandang sepanjang hari.

Festival International Motomania of Kuala Lumpur 2019 telah menggegarkan ibu kota sepanjang hujung minggu lalu, bermula dari hari Jumaat, 22 Februari, hingga hari Ahad, 24 Februari 2019.

Diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), ia telah dikunjungi oleh para penunggang dan penggemar motosikal, dan juga para pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan sepanjang hari hinggalah ke malam, supaya pengunjung tidak pernah berasa bosan.

Penjual motosikal premium dan produk berkaitan motosikal juga turut menghadirkan diri, antaranya ialah Harley-Davidson Petaling Jaya, Aprilia Malaysia, Moto Guzzi, Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor, Indian Motorcycles, Ducati Malaysia, dan Shell Advance Malaysia.

Gerai Shell Advance Malaysia sibuk dengan pengunjung sepanjang festival kerana adanya sebuah promosi istimewa. Pengunjung yang membeli minyak pelincir Shell Advance AX7 dan Shell Advance Ultra dengan PurePlus Technology akan menerima hadiah eksklusif tuala, penutup motosikal dan cenderahati. Mereka juga melayakkan diri untuk cabutan bertuah pada hari terakhir.

Selain itu, ada juga para penjual yang lain yang telah memperagakan produk mereka, antaranya kereta mewah (termasuklah sebuah Ford Mustang!), motosikal retro (Suzuki Katana, Suzuki RG500 Walter Wolf), kelengkapan menunggang, dan barangan-barangan yang lain.

Aktiviti-aktiviti yang telah disediakan termasuklah pertandingan motosikal retro, pertandingan motosikal buatan khas, pertandingan kugiran, dan konsert yang menampilkan ikon-ikon rock terhebat negara seperti Datuk Awie, Mus May, Bandi Amuk, dan lain-lain. Turut diselitkan adalah kumpulan tempatan yang telah tampil di atas pentas dan membuktikan negara kita tidak kurangnya bakat yang boleh diketengahkan lagi.

Makanan dan minuman telah disediakan oleh gerai-gerai trak makanan. Mereka telah menyajikan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan juga antarabangsa.

GALERI GAMBAR