Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-Tiga Desmo Owners Club Malaysia (DOCM)

  • Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-tiga pada hari Sabtu yang lalu.
  • Sekitar 150 orang ahli kelab telah hadir dengan pelbagai jenis motosikal Ducati.
  • Antara agenda mesyuarat ini adalah untuk mengenang kembali pencapaian mereka pada tahun lalu dan rancangan masa depan mereka.

Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-tiga mereka pada hari Sabtu lalu, 23 Februari 2019.

Mesyuarat agung ini merupakan peluang bagi para pemilik Ducati dalam negara dan juga dari Singapura untuk berjumpa. Diadakan di Paddock Selatan Litar Antarabangsa Sepang, terdapat lebih daripada 150 orang pemilik Ducati telah menghadirkan diri walaupun terpaksa meredah cuaca yang panas membahang. Kehadirannya melebihi jangkaan penganjur, sehingga habis minuman yang telah disediakan oleh pihak katerer! Ahli jawatankuasa DOCM bertindak pantas membeli lebih banyak minuman buat para peserta.

Lot parkir dibanjiri dengan jentera berwarna merah. Antara motosikal yang ada pada hari itu adalah Hypermotard, Monster, Panigale, Multistrada, Diavel, Streetfighter, dan model-model ikonik seperti 748 SP, 900 SS dan 999 Fila.

Presiden DOCM, encik Nageb Abdul Majid telah mengalukan kedatangan para ahli kelab dan memberikan ucaptama. Dia memulakan mesyuarat dengan memberikan sorotan terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab berkenaan pada tahun 2018.

Terdapat 439 ahli yang berdaftar dan mereka sering kali keluar berkonvoi ke acara-acara mahu pun destinasi yang lain. Selain itu, DOCM turut menganjurkan hari litar buat ahli mereka. Mereka juga telah mengadakan sebuah Ducati Tribuna sewaktu pusingan MotoGP Malaysia 2018 yang telah menyajikan makanan buat 800 orang.

Selain daripada aktiviti-aktiviti ini, kelab ini turut bekerjasama dengan Institut Automotif TOC dalam mengadakan sebuah kategori perlumbaan yang khas untuk pemilik Ducati. Bergelar Desmo Cup, siri perlumbaan ini berjalan seiring dengan kejohanan Pirelli Malaysia Superbike Championship. Menurut encik Nageb, perlumbaan Desmo Cup ini khusus untuk Ducati kerana model-modelnya tidak menurut had kapasiti yang ditetapkan oleh kelas SuperSport dan Superbike.

Mesyuarat diteruskan dengan pengurusan kewangan kelab, penyampaian anugerah, serta pencalonan dan undian ahli jawatankuasa dan Presiden.

GALERI GAMBAR

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply