Toyota Gazoo Racing: Diana Danielle & Janna Nick tawan Batu Kawan!

Pusingan ketiga Toyota Vios Challenge yang dijalankan hujung minggu lepas di Stadium Batu Kawan sempena Toyota Gazoo Racing Festival memberi pelbagai aksi-aksi menarik dari ketiga-tiga kategori perlumbaan dari Sporting, Super Sporting dan juga Promotional.

Kali ini, artis-artis wanita tanah air membuktikan bahawa mereka juga mampu berlumba dengan kompetitif dan tawan kemenangan di litar yang teknikal dan juga sukar untuk memotong pesaing lain. Pemenang bagi Race 1 pada hari Sabtu adalah Diana Danielle manakala Race 2 pada hari Ahad dimenangi oleh Janna Nick.

Pelawak Malaysia, Nabil Ahmad, juga telah membuktikan bahawa beliau bukan sahaja pantas malah konsisten di dalam kedua-dua perlumbaan kategori Promotional. Beliau telah berjaya menamatkan perlumbaan pada tempat kedua di dalam Race 1 dan juga Race 2.

Akim Ahmad berjaya mendapat tempat ketiga untuk Race 1 manakala Aiman Tino membalas dendam pada Race 2 dengan mencapai tempat podium terakhir apabila tidak mampu menamatkan perlumbaan Race 1 setelah mengalami kemalangan.

Lebih dari 40 pelumba mengambil bahagian dalam Toyota Vios Challenge pusingan ketiga di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dimana mereka berlumba dalam tiga kategori berbeza. Kategori Sporting untuk pelumba amatur juga penuh aksi lebih-lebih lagi dalam Race 1 dimana terdapat insiden besar yang melibatkan beberapa kenderaan termasuk pelumba dan juga artis tanah air, Shukri Yahaya.

Berikut adalah keputusan perlumbaan Toyota Vios Challenge pusingan ke-3:

RACE 1

PROMOTIONAL CLASS
1) Diana Danielle
2) Nabil Ahmad
3) Akim Ahmad
4 Khai Bahar
5 Janna Nick
SPORTING CLASS
1) Clemet Yeo Distinctive Model
2) Patrick Tam Team Nanoplus
3) Eric Yong St Wangan Racing Team
4) Lim Chun Beng Team Fokus Tetap
5 Shawn Lee
SUPER SPORTING CLASS
1) Boy Wong St Wangan Racing Team
2) Brendan Paul Anthony Dream Chaser
3) Keifli Othman Team Nanoplus
4) Eddie Liew Team Nanoplus
5) Alif Mohamed Hamdan Laser Motor Racing

RACE 2

PROMOTIONAL CLASS
1) Janna Nick
2) Nabil Ahmat
3) Aiman Tino
4) Wany Hasrita
5) Akio Takeyama
SPORTING CLASS
1) Jackson Tan Revo Technik Malaysia
2) Kenneth Toh Panglima City Racing Team
3) Dato’ Ken Foo Kulim Top Wheels
4) Eric Yong ST Wangan Racing Team
5) Lim Chun Beng Team Fokus Tetap
SUPER SPORTING CLASS
1) Syafiq Ali M7 Racing Team
2) Brendan Paul Anthony Dream Chaser
3) Keifli Othman Team Nanoplus
4) Kenny Lee Kegani Racing
5) William Ho Kegani Racing

Pusingan ke-empat dan juga terakhir musim ini akan berlangsung pada 27-28 April 2019 di Sepang International Circuit (SIC). Jangan ketinggalan segala aksi perlumbaan dan juga aktiviti menarik yang lain di Toyota Gazoo Racing Festival yang dianjurkan oleh UMW Toyota Sdn Bhd! Jumpa di Sepang!

Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.