Pusat AutoExpert Petronas Pertama Dibuka Di Malaysia!

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama Petronas Lubricant International (PLI) merasmikan pembukaan pusat servis AutoExpert Petronas sulung di Shah Alam, hari ini.  Pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan PLI dalam menyediakan teknologi cecair Petronas dan kepakaran teknikal kepada pelanggan di bawah satu bumbung. Ini merupakan pusat pertama dibuka – dari 100 pusat – yang dibuka…

Franco Morbidelli Gembira Dapat Hadiahkan Tempat Lima Teratas Pertama Buat Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team

Franco Morbidelli gembira berjaya memperolehi tempat yang ke-lima dalam pusingan MotoGP “Red Bull Grand Prix of the Americas”. Teman sepasukannya dan penunggang rookie, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan tersebut di tempat yang ke-tujuh. Ini adalah satu keputusan yang amat memberangsangkan buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Lancarkan Bengkel Bergerak Pertama Di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) telah melancarkan bengkel penyelenggaraan bergerak pertama Malaysia pada hari ini. Bengkel bergerak ini akan menjelajah seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia bagi menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan motosikal yang digandingkan dengan minyak pelincir PETRONAS Sprinta. Turut dilancarkan adalah peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019”, di mana hadiah utamanya adalah sebuah motosikal Yamaha YZF-R6…

Hafizh Syahrin Gondol Anugerah Petronas International Rider of the Year

Hafizh Syahrin telah memenangi anugerah “Petronas International Rider of the Year” bagi tahun 2018. Pengumuman tersebut telah dibuat sewaktu majlis anugerah “Petronas SIC Motorsport Association of Malaysia (MAM) 2018” pada hari Selasa, 12 Februari 2019. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dianugerahkan dengan “Lifetime Achievement Award”.

PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team – Pasukan MotoGP Pertama Malaysia Dilancarkan!

Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team telah dilancarkan hari ini. Ianya merupakan pasukan MotoGP pertama dari Malaysia dan juga bagi rantau Asia Tenggara. Penunggang pasukan ini terdiri daripada Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. PETRONAS akan menampilkan sebuah pasukan dalam kejohanan Moto3, Moto2, dan MotoGP bagi musim 2019. Pasukan MotoGP berkenaan akan dikenali secara rasminya dengan…

Peluang Buat Khairul Idham Pawi Dalam Pasukan Petronas Yamaha Sepang MotoGP

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Dato’ Razlan Razali, telah menawarkan satu peluang buat Khairul Idham Pawi bagi menyertai pasukan MotoGP. Peluang untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team dalam MotoGP bergantung kepada keputusan Moto2 Pawi pada tahun 2019 dan 2020. Pawi bakal menjadi penunggang MotoGP Malaysia pertama dalam sebuah pasukan MotoGP Malaysia sekiranya…