Pusat AutoExpert Petronas Pertama Dibuka Di Malaysia!

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama Petronas Lubricant International (PLI) merasmikan pembukaan pusat servis AutoExpert Petronas sulung di Shah Alam, hari ini. 

Pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan PLI dalam menyediakan teknologi cecair Petronas dan kepakaran teknikal kepada pelanggan di bawah satu bumbung.

Ini merupakan pusat pertama dibuka – dari 100 pusat – yang dibuka di seluruh Malaysia dengan 30 lagi pusat seumpamanya akan dibuka dalam tempoh lima tahun ini.

Timbalan Presiden Pemasaran Petronas,  Dato Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata pusat servis ini membuka peluang kepada pelanggan untuk menikmati kepakaran Petronas dengan lebih mudah.

“Kami akan bergerak dengan lebih agresif untuk menawarkan servis terbaik yang sebelum ini hanya boleh didapati bagi kenderaan yang tertakluk dengan waranti.  Servis kami dibuka bagi semua pemilik kereta tanpa mengira jenama,” jelasnya.

Petronas menjanjikan pengalaman terbaik bagi setiap pelanggan dengan menawarkan juruteknik berpengalaman dan peralatan terkini ketika sesi pemeriksaan kenderaan dan enjin,  pertukaran minyak dan sebagainya.

Bagi menampung permintaan,  Petronas telah  menyediakan 14 tapak servis.

Majlis pelancaran Petronas AutoExpert telah dirasmikan oleh Dato Sri Syed Zainal bersama Ketua Bahagian Perniagaan Asia Pasifik PLI,  Ruslan Halim Islahudin, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM,  Hardeep Singh serta Pengarah Autohaus, Muhammad Eezam Masripan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.