Perjalanan Lebih Lancar Dengan PETRONAS Sprinta Dengan Ultraflex

  • PETRONAS Sprinta merupakan satu jenama yang telah pun terpahat di minda rakyat Malaysia dan kini mereka bersedia untuk memberikan khidmat yang lebih hebat dengan minyak pelincir terbaru mereka, PETRONAS Sprinta dengan Ultraflex.
  • Minyak pelincir terbaru dari PETRONAS ini telah direka khusus untuk mengurangkan tahap tekanan pada enjin sewaktu ianya melalui rutin sehariannya.
  • PETRONAS juga turut menganjurkan sebuah peraduan atas talian istimewa yang dinamakan peraduan Pengejar Impian Facebook di mana anda berpeluang untuk memenangi bekalan satu tahun minyak pelincir PETRONAS Sprinta dan juga produk Primax.


Jenama PETRONAS Sprinta cukup sinonim sebagai minyak pelincir enjin motosikal di Malaysia, sepopular nasi lemak dan roti canai di kalangan warga negara kita. PETRONAS Sprinta sudah terpahat di minda rakyat Malaysia sebagai jenama minyak pelincir pilihan dengan kehadirannya di pentas sukan permotoran tempatan dan juga antarabangsa, dan kini jenama berkenaan bersedia meningkatkan lagi perkhidmatan mereka dengan sebuah produk baru yang dinamakan PETRONAS Sprinta dengan Ultraflex.

PETRONAS Sprinta dengan Ultraflex adalah minyak pelincir baru yang telah direka khususnya untuk mengurangkan tahap tekanan pada sebuah enjin yang menjalani rutin sehariannya dalam keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu. Apa yang menjadikan PTERONAS Sprinta dengan Ultraflex ini unik adalah ianya diformulasi secara khas untuk mengurangkan kelembapan motosikal, di samping mengurangkan bunyi. Oleh kerana itu, ia membekalkan agihan kuasa yang lebih lancar serta pengalaman menunggang yang lebih menyeronokkan tanpa sebarang gegaran yang melampau. Ianya amat sesuai sekali bagi mereka yang menggunakan motosikal mereka setiap hari, sama ada untuk kerja mahu pun tugasan seharian.

Minyak pelincir PETRONAS Sprinta dengan Ultraflex ini sesuai sekali untuk mereka seperti ‘Uncle Chin’, di mana penat lelah kehidupannya telah dirakamkan dengan begitu indah sekali dalam video yang menyentuh hati yang dapat anda saksikan di bawah ini:

Peraduan Pengejar Impian PETRONAS Sprinta

Uncle Chin pernah bekerja dalam bidang pembinaan, namun kehidupannya telah berubah akibat satu kemalangan yang menimpanya pada tahun 2000. Pada masa sekarang, dia bergantung pada motosikalnya untuk sebagai sumber pendapatannya sebagai penjual ais krim. Oleh kerana dia meliputi kira-kira 100 kilometer sehari dan menyelenggara enjinnya dua kali sebulan, dia memerlukan minyak pelincir yang bagus, dan menemui minyak pelincir yang sesuai dalam bentuk PETRONAS Sprinta.

PETRONAS juga sedang menganjurkan satu peraduan atas talian yang istimewa yang berlangsung sehingga 8 Disember 2017. Digelar peraduan Pengejar Impian Facebook, PETRONAS akan menghadiahkan tiga warga Malaysia yang bertuah dengan bekalan satu tahun minyak pelincir PETRONAS Sprinta dengan Ultraflex serta PETRONAS Primax bagi membolehkan mereka mencapai impian mereka.

Cukup mudah untuk menyertai peraduan ini, hanya ikuti beberapa langkah yang mudah ini dan anda juga boleh menyertai peraduan ini:

1. “Like” dan “Follow” laman Facebook dan Instagram PETRONAS Brands.
2. Tontoni video yang diposkan pada laman Facebook PETRONAS Brands yang ditanda #PengejarImpian dan #PETRONASSprinta.
3. Poskan kisah penuh inspirasi anda di laman Facebook atau Instagram mereka, dimulai dengan “Inilah cerita pengejar impian saya…”
4. Pastikan yang status pos anda disetkan kepada ‘Public’.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, TEKAN SINI, atau anda boleh melayari www.mymesra.com.my/pengejarimpian