Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan acara Kawasaki Track Day 2018 pada hari Ahad (6 Mei 2018) yang lalu. Kira-kira 100 orang pemilik Kawasaki telah menyertai acara hari litar yang menyeronokkan ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Juara ARRC 2017, Azlan Shah Kamaruzaman juga turut serta dalam acara ini bagi menguji jentera Ninja ZX-10R milik…
Tag: SIC
Ada kebarangkalian bahawa Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengendalikan pasukan MotoGP Malaysia yang pertama pada tahun 2019. Khabar angin telah mengatakan yang SIC akan berada di Jerez pada hujung minggu ini untuk berbincang bersama MotoGP dan Yamaha. SIC mungkin akan bekerjasama dengan salah sebuah pasukan persendirian yang sedia ada dengan harapan untuk membawa bersama Hafizh,…
SIC dan Hafizh Syahrin telah mengesahkan tempat penunggang berkenaan dengan pasukan Monster Yamaha Tech3. Sesi ujian pertama Hafizh di atas jentera Yamaha YZF-M1 di Litar Antarabangsa Buriram cukup memberangsangkan. Tinggal satu lagi sesi ujian pra musim MotoGP di Qatar bermula dari 1 hingga 3 Mac sebelum bermulanya musim pada tahun ini.
Pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3 telah dilancarkan secara rasmi semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Kerjasama yang baru di antara Petronas dan SIC ini telah menghasilkan arah tujuan baru pasukan berkenaan bagi tahun 2018. Kedua-dua penunggangnya, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki telah bersedia bagi menggalas cabaran bersaing dalam kelas Moto3.
Sky Sport telah menyiarkan berita bahawa Hafizh Syahrin akan menyertai kelas MotoGP. Dia akan menggantikan Jonas Folger bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3. Sepang Racing Team sudah pun menandatangani Zulfahmi Khairuddin bagi menggantikan tempat Hafizh dalam Moto2.
Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 merupakan permulaan yang mengujakan untuk musim ini. Jentera-jentera MotoGP tahun ini lebih pantas lagi. Keputusan yang diperolehi menunjukkan taburan motosikal yang lebih pelbagai dari pasukan-pasukan yang berbeza.
Jorge Lorenzo memecahkan rekod catatan masa pada sesi pagi. Dani Pedrosa juga telah memecahkan rekod catatan masa terbaiknya. Cal Crutchlow terus mempamerkan prestasi yang baik.
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 melabuhkan tirai dengan kedua-dua penunggang pasukan pengilang Yamaha mendahului gerombolan. Penunggang pasukan pengilang Ducati dan Honda menamatkan hari di kelompok belakang. Catatan masa dari tempat pertama sehingga ke-lima jauh lebih pantas berbanding catatan masa kelayakan perlumbaan tahun lalu.
MotoGP musim 2018 telah pun bermula dengan Ujian Musim Sejuk. Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, para pasukan yang bertanding telah kembali semula untuk menguji jentera terbaru mereka. Dorna telah mengurangkan lagi jumlah ujian untuk tahun ini, menjadikan sesi ini bertambah pentingnya.