Tag: SIC
Boon Siew Honda telah melancarkan model CB1000R dan CB250R sebagai sebahagian daripada rangkaian Neo Sports Café mereka. Kedua-dua motosikal baharu ini menyertai model X-ADV dan Africa Twin sebagai sebahagian daripada tawaran ‘Big Bike’ Boon Siew Honda. CB1000R datang dengan harga dari RM74,999 dan untuk CB250R, dari RM22,999 (harga asas dengan 0% GST).
Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah menganjurkan sesi hari litar mereka yang pertama untuk tahun ini pada hari Ahad yang lalu (6 Mei 2018). Lebih daripada 120 orang pemilik motosikal Ducati telah menyertai kemeriahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pelbagai jenis model Ducati telah beraksi di atas litar, dari Panigale hinggalah ke Streetfighter.