TOC Automotive College Meterai Kerjasama Dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

  • TOC dan SIC telah bekerjasama dalam membangunkan bakat melalui program Bina Bakat Dan Kursus Juruteknik Superbike.
  • Pengumuman ini telah dibuat dengan kehadiran Hafizh Syahrin, Adam Norrodin, dan Zulfahmi Khairuddin.
  • Kerjasama ini membawa manfaat buat kedua-dua belah pihak, di mana SIC sedang aktif membangun dalam sukan permotoran.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, TOC Automotive College (TOC) telah menyediakan pinjaman pendidikan buat pelajar yang berimpian untuk menjadi juruteknik superbike bertauliah di bawah program “Bina Bakat”. Kini, bagi menyediakan kepada para pelajar dengan peluang pekerjaan yang lebih cerah, TOC telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ianya satu berita yang baik buat SIC, di mana pihak pengurusan sukan permotoran bertaraf dunia itu telah mengembangkan perusahaan mereka dalam sukan permotoran dengan mengendalikan pasukan MotoGP mereka sendiri bermula musim hadapan, selepas mereka memeterai perjanjian dengan Angel Nieto Team dan Yamaha bagi menguruskan pasukan satelit pengeluar tersebut bermula tahun 2019. (TEKAN SINI untuk membaca mengenainya dengan lebih lanjut). Selain itu, SIC juga telah menganjurkan Talent Cup bagi membangunkan bakat muda perlumbaan di Malaysia, dikendalikan oleh Zulfahmi Khairuddin.

Ianya berikutan kejayaan Hafizh Syahrin menyertai kelas premier MotoGP pada tahun ini.

Dato’ Ahmad Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC menyatakan bahawa pelebaran sayap mereka itu memerlukan tenaga kerja mekanik yang berkemahiran dan bertauliah, yang berdisiplin dalam tugas mereka. Beliau yakin yang Kursus Juruteknik Superbike TOC mampu melahirkan juruteknik- juruteknik tersebut, yang juga melibatkan diri dalam sukan permotoran sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka.

Sebagai sebahagian daripada tema “Enriching Lives” TOC, mereka ingin menyediakan progran pembangunan bakat terbaik melalui “Bina Bakat”. Program ini mengatur haluan pembangunan pelajar melalui 80% kerja praktikal, menyediakan mereka untuk kerjaya selepas tamat pembelajaran. Sudah tentu sekali, SIC adalah hala tuju utama buat kebanyakan pelajar.

Sebagai penyegar ingatan, program Bina Bakat menawarkan pinjaman pendidikan 100% buat pelajar yang layak yang mendaftar bagi Kursus Juruteknik Superbike. Mereka kemudiannya akan membayar semula pinjaman mereka hanya selepas mereka mendapat kerja.

Pengumuman ini telah dibuat sewaktu satu acara perjumpaan istimewa di kampus TOC Automotive College di Petaling Jaya. Turut hadir adalah Hafizh Syahrin (MotoGP), Adam Norrodin (Moto3), Zulfahmi Khairuddin (Pengurus Pasukan), Dato’ Ahmad Razlan Razali, Oh Kah Beng (Pengarah Motorsports TOC), Jeffrey Oh (Penyelaras Asia Talent Cup dan British Talent Cup), serta Habibullah Fuad Mohamad (mekanik Moto2), dan juga tokoh terkenal dan VIP dalam sukan permotoran Malaysia.

Para hadirin kemudiannya telah diiringi melawat fasiliti TOC dan mereka telah menandatangani autograf bersama peminat selepas sidang akhbar.

Sila layari laman Facebook rasmi TOC Automotive College, atau kunjungi kampus mereka (peta di bawah), atau hubungi talian (+603) 7960 8833 untuk maklumat lanjut. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai Program Bina Bakat TOC di sini, atau hantarkan emel ke [email protected]. Sila tekan pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]