Selepas diberitahu bahawa tiada tempat untuk Jack Miller di pasukan factory Ducati menjelang musim 2023, pelumba Australia itu dilaporkan akan berhijrah ke KTM. Menurut laporan media antarabangsa, Miller telah pun menandatangani kontrak dua tahun untuk menyertai Red Bull KTM bagi musim 2023 dan 2024. Miller akan menggantikan Miguel Oliveira – yang telah diarahkan untuk turun…
Tag: Ducati
Francesco Bagnaia menampilkan aksi mantap di laman sendiri untuk merekodkan kemenangan pertama dalam kariernya di Litar Mugello. Pelumba Ducati itu yang bermula dipetak kelima ternyata menggunakan pengalaman yang ada untuk mudah memintas barisan pertama yang dibarisi pelumba muda. Bagnaia terus mendominasi sebahagian besar perlumbaan sebelum melintas garisan penamat sebagai pemenang diikuti tempat kedua, Fabio Quartararo….
Ducati sedang berdepan dengan dilema kerana perlu memilih satu daripada beberapa calon bagi mengisi slot di pasukan factory. Jorge Martin (Pramac) dan Enea Bastianini (Gresini Racing) muncul antara nama disebut-sebut akan diangkat ke skuad factory Ducati untuk digandingkan dengan Francesco Bagnaia bagi musim 2023. Ini sekaligus bermakna kedudukan Jack Miller di Ducati tidak lagi selamat….
Meskipun kejuaraan dunia MotoGP baru memasuki pusingan ketujuh namun pelbagai aktiviti belakang tabir sudah mula mengambil tempat. Pengumuman Suzuki untuk undur diri dari kejuaraan itu hujung musim ini telah mencetuskan pelbagai ketidaktentuan terutamanya membabitkan slot pelumba menjelang musim 2023. Ketika pasukan lain sedang mengorak langkah bagi memancing Joan Mir dan Alex Rins musim depan, Ducati…
Enea Bastianini berjaya menempatkan dirinya dikalangan pencabar kejuaraan musim 2023 setelah merekodkan kemenangan ketiga musim ini di GP Perancis, pada Ahad. Kemenangan itu juga menyaksikan dirinya disebut sebagai calon yang bakal menggantikan Jack Miller – selain Jorge Martin – di pasukan ‘factory’ Ducati sekaligus bergandingan dengan Francesco Bagnaia musim depan. Bagaimanapun, Bagnaia dalam satu kenyataan…
Ducati Malaysia telah pun mengemas kini senarai harga bagi model Ducati yang ditawarkan di Malaysia. Menurut senarai harga yang dikongsikan, rata-rata kesemua model mengalami kenaikan harga bagi tahun 2022. Bagaimanapun, model Multistrada V4 S mengalami kenaikan harga paling banyak dengan RM9,000 kepada RM155,900. Berikut senarai harga baharu yang telah dikemas kini untuk pasaran tempatan: Namun,…
Ducati Malaysia telah pun menganjurkan majlis buka puasa bersama lebih 300 pemilik Ducati di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad. Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan siaran langsung Kejuaraan Dunia MotoGP yang berlangsung di Litar Algarve, Portugal. Bagaimanapun, tumpuan utama majlis terarah kepada mengeratkan silaturahim antara pemilik motosikal Ducati di Malaysia di samping membantu mengukir senyuman…
Pusingan kelima MotoGP di Litar Algarve menyaksikan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo kembali ke podium selaku juara buat kali pertama musim ini. Ini merupakan podium kedua buat Quartararo setelah menduduki tempat kedua sewaktu pusingan kedua di Litar Mandalika, Mac lalu. Sementara itu, tempat kedua jadi milik Johann Zarco yang meskipun pada satu ketika berada di kedudukan…
Ducati telah berkongsi imej terkini mengenai jentera prototaip elektrik sulung yang akan dibekalkan sebagai jentera lumba rasmi MotoE World Cup bermula 2023. Pengeluar motosikal berprestasi tinggi dari Itali itu giat membangunkan jentera elektrik serba baharu sejak diumumkan sebagai pembekal utama MotoE bermula 2023 menggantikan Energica Ego yang diguna pakai sejak 2019. Selepas didedahkan kepada umum…