Ducati Malaysia Raikan Buka Puasa Bersama Ducatisti Dan Kanak-Kanak CAKNE

Ducati Malaysia telah pun menganjurkan majlis buka puasa bersama lebih 300 pemilik Ducati di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.

Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan siaran langsung Kejuaraan Dunia MotoGP yang berlangsung di Litar Algarve, Portugal.

Bagaimanapun, tumpuan utama majlis terarah kepada mengeratkan silaturahim antara pemilik motosikal Ducati di Malaysia di samping membantu mengukir senyuman terhadap kanak-kanak CAKNE (Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak).

Ducati Malaysia bersama-sama Ducati Owners Club Malaysia (DOCM) telah bersama-sama menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak tersebut sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tiba.

Konvoi buka puasa anjuran DOCM itu bermula di pusat pameran Ducati Petaling Jaya sekitar jam 5 petang sebelum bergerak ke SIC.

Sambutan oleh Ducatisti menyaksikan pelbagai model Ducati berkumpul antaranya Panigale V4, Multistrada, Hypermotard SP dan Scrambler.

Bukan itu sahaja, Ducati Malaysia turut menjemput beberapa pemilik motosikal pelbagai jenama bagi sama-sama meraikan buka puasa kali ini.

Sebagai acara penutup, kesemua konvoi diberi peluang melakukan beberapa pusingan di SIC bersama jentera kesayangan masing-masing.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply