Ducati Multistrada V4 S Bukti Tak Perlu Bawa Nama GS Untuk Jadi Motosikal ADV Terbaik

Sebelum penulis pergi lebih dalam, perlu dijelaskan bahawa reviu kali ini bukan percubaan meletakkan Ducati Multistrada V4 S sebagai motosikal ‘adventure-touring’ terbaik dalam pasaran tetapi sekadar memberitahu bahawa jentera Gelande Strasse sudah boleh mula rasa risau. Ducati Multistrada V4 S merupakan percubaan sulung kilang Borgo Panigale dalam menghasilkan motosikal serba boleh dan yang pertama selain…

Ducati Perkenalkan Streetfighter V4 SP 2022 – 208HP, 123Nm

Secara peribadi, Ducati Streetfighter V4 merupakan jentera ‘hypernaked’ yang cukup berkuasa bukan sahaja di litar lumba malah di jalan raya. Bernadikan kuasa 205hp hasil daripada enjin Panigale V4 sudah cukup membuatkan leher rasa nak tercabut sebaik kelajuan mencecah 180km/j. Bagaimanapun, kilang Borgo Panigale berpendapat Streetfighter V4 wajar diberikan layanan yang lebih istimewa dan daripada itu…

Ducati Lancar Streetfighter V2 2022 – Enjin Superquadro 955cc, 153HP

Ducati World Premier 2022 menyaksikan sebuah lagi model baharu dilancarkan, Ducati Streetfighter V2. Seperti Streetfighter V4 yang merupakan versi ‘naked’ daripada Panigale V4, Streetfighter V2 juga lahir daripada Panigale V2 yang telah dibuang ‘fairing’. Hasilnya, Ducati Streetfighter V2 kekal membawa enjin Superquadro 955cc yang menawarkan 153hp dan 102Nm. Bagaimanapun, berbanding Panigale V2 yang menawarkan ergonomik…

Dah Ada Yang Tempah Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022 Di Malaysia

Ducati baru sahaja memperkenalkan Ducati Multistrada V4 Pikes Peak menerusi episod tiga Ducati World Premier 2022 beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan sudah ada beberapa pihak yang membuat tempahan di Ducati Malaysia meskipun masih belum ada tarikh pelancaran model itu di sini. Bukan itu sahaja, berdasarkan jarak pelancaran global dan tempatan Ducati Multistrada…

Ducati Lakar Jualan Suku Ketiga Terbaik Dalam Sejarah – 49,694 Unit Dijual Setakat Ini

Ducati menamatkan suku ketiga 2021 dengan cemerlang apabila berjaya menyerahkan lebih 49,693 unit motosikal seluruh dunia. Lebih mengagumkan, angka jualan tersebut mengatasi jualan keseluruhan bagi tahun 2020 (48,042 unit). Menurut Ducati, Itali kekal sebagai pasaran terbesar dengan 7,954 unit diserahkan kepada pelanggan diikuti Amerika Syarikat (7,475 unit) dan Jerman (5,627 unit). Sementara itu, Ducati Multistrada…

Ducati Malaysia Raih Dua Anugerah Cemerlang Di Rantau Asia

Ducati Malaysia berjaya merangkul dua anugerah cemerlang bagi rantau Asia menerusi anugerah ‘Best Commercial After Sales’ dan ‘Best Marketing Team’. Anugerah itu disampaikan Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pacific, Marco Biondi sewaktu Ducati APAC National Meeting ke-28. Sementara itu, Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael, meluahkan rasa berbesar hati terhadap pencapaian itu yang…

BMW GS Owners Club Malaysia Rasai Sendiri Kemampuan Ducati Multistrada V4 S

Meskipun menjadi pemilik jenama motosikal pesaing namun itu tidak menyekat Ducati Malaysia menjemput BMW GS Owner Club Malaysia untuk merasai sendiri tawaran terbaru, Ducati Multistrada V4 S. Multistrada V4 S merupakan motosikal ‘adventure-touring’ terbaru dari kilang Borgo Panigale yang dianggap sebagai seteru utama bagi model BMW R 1250 GS ketika ini. Seramai 22 pemilik BMW…

DWP 2022: ‘Single-Sided Swingarm’, Rim 17″ Kembali Pada Ducati Multistrada V4 Pikes Peak

Episod ketiga Ducati World Premier 2022 yang disiarkan malam tadi mempersembahkan sebuah lagi model baharu menerusi Ducati Multistrada V4 Pikes Peak. Ducati Multistrada V4 Pikes Peak ini sememangnya dalam jangkaan ekoran beberapa imej ‘spy shot’ telah pun bocor beberapa bulan lebih awal sebelum ini. Dibangunkan dengan platform Multistrada V4 yang dilancarkan hujung tahun lalu, edisi…

DWP 2022: Ducati Lancar Scrambler 1100 Tribute PRO Dan Urban Motard

Episod 2 Ducati World Premier 2022 menyaksikan dua model Scrambler diperkenakan menerusi Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO dan Scrambler Urban Motard. Kedatangan Tribute PRO dan Urban Motard menjadikan keluarga Ducati Scrambler kini dibarisi 10 model keseluruhan. Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO Tampil dalam warna serba kuning ‘Giallo Ocra’, Tribute PRO ini turut menampilkan logo Ducati…