MotoGP: KTM Sambar Jack Miller

Advertisements

Selepas diberitahu bahawa tiada tempat untuk Jack Miller di pasukan factory Ducati menjelang musim 2023, pelumba Australia itu dilaporkan akan berhijrah ke KTM.

Menurut laporan media antarabangsa, Miller telah pun menandatangani kontrak dua tahun untuk menyertai Red Bull KTM bagi musim 2023 dan 2024.

Miller akan menggantikan Miguel Oliveira – yang telah diarahkan untuk turun ke pasukan Tech 3 KTM – sekaligus akan bersama-sama rakan sepasukan baharu, Brad Binder musim depan.

Difahamkan, Miller dan KTM akan membuat pengumuman rasmi hujung minggu ini di GP Catalunya.

Miller telah pun menghabiskan lima musim bersama Ducati bermula dari Pramac Racing sebelum diangkat ke pasukan factory musim lalu.

Bagaimanapun, susulan prestasi naik turun, Ducati membuat keputusan untuk menarik sama ada Jorge Martin dan Enea Bastianini sebagai rakan sepasukan baharu Francesco Bagnaia.

Advertisements