WMoto SX2 300 Kini Dipasarkan Di Malaysia – RM18,888

Advertisements

MForce Bike Holdings, yang merupakan pengedar tunggal jenama WMoto di Malaysia telah pun merasmikan pelancaran WMoto SX2 300 untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan pada harga RM18,888, motosikal jenis ‘motocross’ itu sebelum ini telah pun menjadi pilihan Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai aset Ops Benteng, tahun lalu.

Menurut info, WMoto SX2 300 dikuasakan enjin satu silinder 292.4cc 4-stroke dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api serta dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Sesuai untuk kegunaan harian dan aktiviti lasak, WMoto SX2 300 ini juga dilengkapi dengan tangki 11L, serta tayar bersaiz 19-inci depan dan 17-inci belakang.

Seperti motosikal lain dalam kelasnya, SX2 300 dilengkapi dengan fork depan jenis USD, tayar ‘dual-purpose’, tempat duduk gaya supermoto, handguard, beak depan yang panjang serta paparan skrin digital LCD.

Menariknya, model ini juga telah disertakan dengan port pengecas USB dan ciri keselamatan terkini termasuk ABS.

Menurut MForce, setiap pembelian WMoto SX2 300 didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dulu).

Advertisements