BMW telah mengumumkan usahasama dengan syarikat audio Marshall Amplification, sambil mengusik kemunculan varian baharu R18 – R18B Bagger dan R18 Transcontinental tourer. Marshall paling dikenali untuk amplifier guitarnya, tetapi sejak kebelakangan ini ia telah mula mengeluarkan fon kepala dan juga pembesar suara audio rumah. Dengan kerjasama terbaru ini, nampaknya ia akan mula mengeluarkan sistem audio…
Tag: BMW
BMW Group telah mendedahkan bahawa hampir semua kilangnya di Jerman kini terjejas akibat kekurangan semikonduktor berpanjangan, mengakibatkan syarikat itu tak dapat menyiapkan pembinaan 10,000 kereta. Awal bulan ini, ahli lembaga pengeluaran Milan Nedeljkovic berkata kekurangan lanjut berkemungkinan berlaku, dan bekalan semikonduktor berada pada tahap kritikal. “Pandangan untuk separuh kedua tahun ini juga masih kritikal. Jangkaan…
Pasaran tempatan akhirnya disajikan dengan BMW 3 Series dengan ‘wheelbase’ panjang menerusi BMW 330Li M Sport yang ditawarkan pada harga RM300,800. Pelancaran model ini turut menandakan varian 3 Series pemasangan tempatan pertama yang tampil dengan ‘wheelbase’ panjang. Hasilnya, panjang kenderaan kini berada pada 4,819mm, manakala jarak antara roda berada pada 2,961mm diikuti tinggi 1,441mm. Angka…
BMW Motorrad Malaysia telah pun melancarkan BMW F 850 GS edisi ulang tahun ke-40 GS untuk pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga RM85,500 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Model ini mendapat sentuhan pilihan warna unik sempena meraikan ulang tahun ke-40 model GS dengan gabungan warna hitam dan kemasan kuning keemasan yang terpampang di bahagian…
Meskipun tahun 2020 dipalit dengan pandemik Covid-19, BMW Motorrad masih mampu menyerahkan 169,272 unit motosikal kepada pelanggan. Angka itu sekaligus menjadi penjualan kedua tertinggi dalam sejarah BMW Motorrad selepas 2019 merekodkan penjualan tertinggi dengan 175,162 unit. Antara penyumbang kejayaan penjualan pada 2020 adalah portfolio produk serta jaringan pengedar BMW Motorrad di samping pelancaran 13 model…
BMW Motorrad telah memperkenalkan S 1000 R 2021 yang kini tampil dengan rekaan dan ciri baharu. BMW telah menyuntik S 1000 R 2021 dengan enjin yang kini mematuhi piawain Euro 5 di samping kerangka ‘Flex Frame’ baharu. Bagaimanapun, ciri yang paling menjadi perhatian adalah rekaan motosikal tersebut yang kini tampil dengan lampu depan LED tunggal…
BMW Motorrad telah memperkenalkan R 18 Classic yang merupakan versi ‘touring’ berbanding R 18 yang diperkenalkan sebelum ini. BMW R 18 ini didatangkan dengan penghadang angin yang besar, tempat duduk pillion, saddlebag, cruise control, lampu LED tambahan dan rim depan 16 inci. Seperti R 18, varian Classic ini juga diinspirasikan daripada BMW R 5 yang…
BMW Motorrad dengan rasminya memperkenalkan jentera sulung dengan lencana ‘M’ menerusi BMW M 1000 RR. BMW M 1000 RR ini merupakan jentera yang telah dipertingkat daripada model asas, S 1000 RR 2020. Rekaan keseluruhan masih lagi menampilkan BMW S 1000 RR namun dengan ciri tambahan antaranya ‘winglet’ yang diperbuat daripada gentian karbon. Winglet tersebut yang…
BMW Motorrad telah memperkenalkan paparan TFT BMW Motorrad Connected serba baharu yang kini didatangkan dengan sistem navigasi terbina. Sistem navigasi ini boleh diakses menerusi aplikasi Connectivity App yang dimuat turun ke telefon pintar sekaligus menggantikan sistem navigasi ‘turn-by-turn’ yang ketika ini ditawarkan paparan TFT sedia ada. Menurut info yang dikongsikan menerusi podcast BMW Motorrad, sistem…