BMW Motorrad Catat Jualan Kedua Tertinggi Dalam Sejarah Pada 2020

Advertisements

Meskipun tahun 2020 dipalit dengan pandemik Covid-19, BMW Motorrad masih mampu menyerahkan 169,272 unit motosikal kepada pelanggan.

Angka itu sekaligus menjadi penjualan kedua tertinggi dalam sejarah BMW Motorrad selepas 2019 merekodkan penjualan tertinggi dengan 175,162 unit.

Antara penyumbang kejayaan penjualan pada 2020 adalah portfolio produk serta jaringan pengedar BMW Motorrad di samping pelancaran 13 model baharu.

Jerman kekal sebagai pasaran terbesar dengan lebih 27,516 unit terjual, naik 1,224 unit berbanding tahun sebelumnya sekaligus menyumbang kepada perkembangan jualan di Eropah.

Jenama BMW Motorrad juga terus berkembang di China yang merekodkan kenaikan lebih 33.7 peratus manakala Brazil rekodkan jualan 10,707 unit berbanding 10,064 unit pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, impak Covid-19 masih di rasai di beberapa negara di Eropah dengan Itali (13,918 unit), Sepanyol (11,030 unit) dan Great Britain/Ireland (7,315 unit) yang merekodkan angka jualan sedikit rendah berbanding 2019.

Menariknya, model dengan enjin boxer terus jadi popular dengan lebih 80,000 unit terjual yang turut dijanakan dengan pelancaran cruiser serba baharu, BMW R 18.

Model bersesaran kecil BMW hasil kerjasama dengan TVS, BMW G 310 R dan G 310 GS turut mendapat tempat dengan 17,000 terjual seluruh dunia.

Segmen pertengahan juga rancak dengan BMW F 900 R dan F 900 XR yang merekodkan jualan 14,429 unit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.