BMW Perkenalkan M 1000 RR 2021 – 212HP, 112Nm!

Advertisements

BMW Motorrad dengan rasminya memperkenalkan jentera sulung dengan lencana ‘M’ menerusi BMW M 1000 RR.

BMW M 1000 RR ini merupakan jentera yang telah dipertingkat daripada model asas, S 1000 RR 2020.

Rekaan keseluruhan masih lagi menampilkan BMW S 1000 RR namun dengan ciri tambahan antaranya ‘winglet’ yang diperbuat daripada gentian karbon.

Winglet tersebut yang juga didapati pada Ducati V4S 2020, membantu menghasilkan ‘downforce’ yang lebih tinggi sekaligus mengurangkan berlakunya ‘wheelie’ dan meningkatkan ‘traction control’ jentera.

BMW M 1000 RR ini dilengkapi dengan enjin 999cc 4-inline dengan penyejukan cecair dan teknologi ShiftCam seperti yang terdapat pada S 1000 RR.

Bagaimanapun, BMW telah menyuntik penggunaan Mahle ‘forged two-rings piston’ yang diperkuat dengan dua ‘crossbars’ tambahan yang 11 gram lebih ringan . berbanding yang terdapat pada S 1000 RR.

Bukan itu sahaja, BMW turut mengguna pakai titanium con-rods yang dibekalkan Pankl menggantikan ‘tempered steel con-rods’ pada S 1000 RR sekaligus meningkatkan RPM enjin dari 14,6000 kepada 15,100.

Bagi meningkatkan lagi prestasi dan tahap efisien enjin, M 1000 RR ini juga dilengkapi dengan corong kemasukan udara boleh ubah dengan bantuan servomotor yang berkemampuan mengubah saiz corong sewaktu kelajuan tinggi.

Menurut BMW, hasil naik taraf ini menyaksikan M 1000 RR kini menawarkan 212hp pada 14,500rpm dan 112Nm pada 11,000rpm.

BMW turut mendakwa terdapat peningkatan tork yang ketara dari 6,100rpm kepada 9,500rpm.

Pada masa sama, BMW M 1000 RR ini juga didatangkan dengan ekzos titanium yang menggunakan dua ‘catalytic converters’ tiga arah dan didakwa hanya seberat 7kg berbanding 11kg yang terdapat pada S 1000 RR.

Empat mod tunggangan ditawarkan kepada penunggang menerusi Raid, Road, Dynamic dan Race namun BMW turut menawarkan tiga mod Race Pro boleh laras mengikut cita rasa.

Sementara itu, fork USD 45mm depan masih sama seperti yang terdapat pada S 1000 RR namun dengan penggunaan bahan – solid aluminium – yang lebih ringan.

Sistem brek dengan teknologi WSBK turut diguna pakai menerusi kaliper brek M yang dibekalkan oleh Nissin namun telah dimodifikasi bagi menawarkan prestasi lebih efisien dan ringan.

Kaliper ini dipasangkan dengan cakera brek 320mm yang sedikit tebal berbanding pada S 1000 RR dengan dua jenis pad brek ditawarkan BMW bagi kegunaan di jalan raya dan litar.

Seperti biasa, BMW menawarkan tiga pakej berbeza bagi M 1000 RR menerusi pakej M, M Competition dan M karbon dan didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja, Light White dengan rekaan grafik M Motorsport.

Setakat ini, BMW masih belum mengumumkan harga rasmi bagi jentera ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.