Pelajar 17 Tahun Jadi Mangsa Pemandu Mabuk Di KL

Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai dirempuh pemandu mabuk dalam insiden yang berlaku di Kuala Lumpur, awal pagi Selasa.

Mangsa, Hakimi Romli, 17 tahun maut ditempat kejadian susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Rakaman kejadian turut tular di media sosial menerusi akaun Facebook Info Roadblock JPJ/Polis.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1689802257864144/745579996037529/

Rakaman berdurasi 10 saat itu memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang keluar daripada jalan Sri Amar mengubah haluan secara melintang untuk ke Jalan Tiong Nam.

Sumber: @redzuanNewsMPB

Tindakan pemandu itu kemudiannya menyebabkan mangsa yang sedang berjalan terus tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta terbabit.

https://www.facebook.com/JsptKL/posts/180132966901383

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya mendedahkan bahawa pemandu Myvi terbabit berada dalam keadaan mabuk selepas menjalani ujian Evidential Breath Analyzer (EBA).

Pemandu tersebut telah pun direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply