BMW R 18 Versi ‘Touring’ Dilancarkan – Dengan ‘Cruise Control’!

Advertisements

BMW Motorrad telah memperkenalkan R 18 Classic yang merupakan versi ‘touring’ berbanding R 18 yang diperkenalkan sebelum ini.

BMW R 18 ini didatangkan dengan penghadang angin yang besar, tempat duduk pillion, saddlebag, cruise control, lampu LED tambahan dan rim depan 16 inci.

Seperti R 18, varian Classic ini juga diinspirasikan daripada BMW R 5 yang diperkenalkan pada 1936.

Segala elemen yang ditawarkan pada R 18 terdapat pada R 18 CLassic antaranya enjin ‘boxer’ terbesar dalam keluarga BMW Motorrad, 1,802cc yang menjana 91hp pada 4,750rpm dan 152Nm pada 3,000rpm.

Menurut BMW, penghadang angin pada R 18 Classic ini boleh ditanggalkan.

Sementara itu, bagi menjaminkan tunggagan lebih selesa, tempat duduk pada R 18 Classic ini lebih tebal berbanding pada R 18 sekaligus menawarkan ketinggian tempat duduk 0.8 inci lebih tinggi.

Tayar depan R 18 Classic berukuran 16′ berbanding 19′ pada R 18 namun kedua-duanya mengguna pakai saiz tayar belakang yang sama, 180/65-16.

Pada masa sama, tiga mod tunggangan ditawarkan; Rain, Rock dan Roll di samping Automatic Stability Control dan drag control.

Bagaimanapun, tidak seperti R18, versi Classic ini lengkap dengan sistem ‘electronic cruise control’ yang didatangkan secara standard.

Harga rasmi akan diumumkan kemudian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.