BMW 330Li M Sport 2021 Dilancarkan – RM300,800!

Pasaran tempatan akhirnya disajikan dengan BMW 3 Series dengan ‘wheelbase’ panjang menerusi BMW 330Li M Sport yang ditawarkan pada harga RM300,800.

Pelancaran model ini turut menandakan varian 3 Series pemasangan tempatan pertama yang tampil dengan ‘wheelbase’ panjang.

Hasilnya, panjang kenderaan kini berada pada 4,819mm, manakala jarak antara roda berada pada 2,961mm diikuti tinggi 1,441mm.

Angka ini turut menyumbang kepada keluasan ruang dalam sekaligus meningkatkan tahap keselesaan bukan sahaja pemandu malah penumpang.

Menurut BMW Malaysia, 330Li M Sport ini mengekalkan enjin 2.0L TwinPower Turbo yang menawarkan 258hp dan 400Nm dan dipadankan bersama transmisi Steptronic Sport.

Bagi yang mengejar kelajuan, BMW Malaysia memaklumkan bahawa kelajuan model ini telah dihadkan kepada 250km/j.

Sementara itu, model M Sport ini turut disertakan dengan rim aloi 18″ jenis double-spoke, ekzos trapezoid, bumbung panorama dan fungsi ‘welcome light’.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • paparan digital 12.3″ BMW Live Cockpit Professional
  • skrin sesentuh 10.25″ BMW Navigation System Professional
  • Cruise Control dengan fungsi membrek
  • Parking Assistant
  • BMW Active Pedestrian Safety

BMW 330Li M Sport ini turut dilengkapi dengan fungsi Driving Asisstant yang merangkumi:

  • lane departure warning
  • lane change warning
  • front collision warning
  • cross traffic warning
  • rear collision prevention

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan BMW 330Li M Sport ini dengan dua pilihan warna; Mineral White dan Carbon Black.

Dalam perkembangan sama, BMW Malaysia turut melancarkan model BMW X3 varian standard, X3 sDrive20i yang ditawarkan pada harga RM286,674.