Suzuki Dan MV Agusta Pengeluar Terbaru Sahkan Penyertaan Di EICMA 2021

Suzuki dan MV Agusta bakal menghangatkan EICMA edisi ke-78 tahun ini dengan masing-masing telah pun mengesahkan penyertaan. Suzuki bakal sertai dua pengeluar motosikal gergasi Jepun lain, Yamaha dan Honda yang sebelum ini telah pun mengesahkan penglibatan lebih awal. Menariknya, Suzuki akan menggunakan pendekatan teknologi bagi membenarkan pengunjung mengakses model 2022 dengan lebih terperinci di samping…

Persiapan Azizulhasni Ke Olimpik Ditemani Basikal WX-R Vorteq Bernilai RM300,000

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo dengan basikal WX-R Vorteq. Menurut Azizulhasni, basikal tersebut merupakan hasil daripada projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah menelan belanja RM13 juta hasil pelaburan besar Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama TOTALISM Ltd sejak empat tahun lalu. View this post on Instagram…

Kelonggaran Untuk Individu Selesai Dua Dos Vaksin Diumum Selepas Aidiladha – TPM

Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan bagi individu yang telah pun mendapat dua dos vaksin selepas Hari Raya Aidiladha. Perkara itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan bahawa senario itu sedang dalam penelitian ketika ini. Menurut Ismail Sabri, Jawatankuasa Teknikal sedang mengkaji secara menyeluruh terhadap individu dan…

Yamaha Sah Sertai EICMA 2021

Pengeluar motosikal Jepun, Yamaha, telah mengesahakn penglibatan dalam penganjuran EICMA 2021, yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 November ini. Setelah pembatalan EICMA 2020 tahun lalu ekoran pandemik Covid-19 yang ketika itu sedang memuncak, Yamaha akan kembali untuk edisi ke-78 di Milan. “Keputusan untuk menyertai ECIMA bukan satu perkara mudah atas alasan yang jelas. “Tetapi…

Honda CBF190TR Special Edition Dilancarkan Di China – 16.6hp, 16.3Nm

Honda telah pun memperkenalkan CBF190TR sekitar 2019 di China, sebelum mengemaskini model tersebut setahun selepas itu. Bagaimanapun, memasuki 2021, Honda kini melancarkan CBF190TR versi ‘Special Edition’. Selain tampil dengan rekaan yang sama, CBF190TR kini tampil dengan pilihan warna Grey dengan kemasan Hitam dan Merah. Bahagian depan juga telah dinaik taraf dengan penggunaan penghadang angin di…

Ducati Panigale V4 Bakal Dilengkapi Teknologi ‘Seamless-shift Transmission’ Dari MotoGP

Ducati merancang untuk merapatkan jurang antara jentera factory MotoGP dan ‘production’ dengan memperkenalkan sistem ‘seamless-shift transmission’ pada Panigale V4. Perkara itu didedahkan menerusi satu paten yang telah difailkan pengeluar motosikal Itali itu yang didakwa akan diperkenalkan pada jentera superbike generasi baharu Ducati. Penggunaan ‘seamless transmission’ akan mengurangkan risiko ‘shift-shock’ di mana bahagian belakang jentera mengalami…

Wmoto Xtreme 150i Cabar Segmen Skuter 150cc Di Malaysia – RM9,588!

Wmoto sedia memberi saingan terhadap segmen skuter 150cc di Malaysia menerusi Xtreme 150i. Meskipun diangga sebagai jenama baharu disini namun Extreme 150i berjaya menerima penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP) dan diiktiraf sebagai motosikal paling selamat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT…

Bengkel Motosikal Tidak Beroperasi Tiga Bulan, Pemilik Ditemui Maut Tergantung

Seorang lelaki berusia 60 tahun telah ditemui tergantung dalam sebauah bengkel motosikal dalam satu kejadian di Bagan Serai, Perak, semalam. Mangsa, Tan Hock Meng ditemui isterinya setelah tidak pulang ke rumah di Taman Sinar. Menurut laporan, mangsa merancang untuk menjual bengkel motosikal tersebut kepada seorang pembeli minggu ini pada harga RM10,000 setelah perniagaan tersebut tidak…

BMW M 1000 RR Masuk Malaysia Lewat 2021 – Harga Jangkaan RM290k

Hampir setahun selepas BMW memperkenalkan M 1000 RR untuk pasaran global, jentera superbike itu akhirnya akan memasuki pasaran Malaysia. Berdasarkan info yang diperolehi, tempahan bagi M 1000 RR itu telah pun dibuka dengan hanya beberapa unit sahaja yang akan dipasarkan disini. Pada masa sama, kami dimaklumkan model tersebut akan ditawarkan sekitar RM290 ribu dan akan…