Cycle & Carriage-Petronas Semarakkan Balik Kampung Dengan PRIMAX 95!

Bagi menandakan permulaan sambutan perayaan, Cycle & Carriage Bintang Berhad dengan kerjasama bersama Petronas Dagangan Berhad, telah menemui pelanggan serta peminat Mercedes-Benz sekitar Selangor sambil menguji produk baharu Petronas PRIMAX 95 dengan minyak Pro-Drive. Acara ‘Balik Kampung Like Never Before’ telah membuka tirai di Cycle & Carriage Bintang Mercedes-Benz City Store @ TREC. Para tetamu…

Kuala Lumpur Muncul Bandar Ke-5 Dengan Harga Kereta Termahal Dunia

Menurut kajian oleh Deutsche Bank, Malaysia merupakan pusat bandar kelima paling mahal untuk membeli kereta saiz pertengahan jika dibandingkan dengan 54 bandar lain di dunia. Bagaimanapun, kajian tersebut turut mendapati Malaysia menawarkan harga petrol keempat termurah jika dibandingkan dengan 54 bandar tersebut. Keputusan kajian mendapati untuk membeli kenderaan jenis Volkswagen Golf, di Kuala Lumpur, anda…

Harley-Davidson Bakal Tembusi Pasaran 250-500cc Tahun Depan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Harley-Davidson, Matt Levatich mengesahkan bahawa pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu akan tembusi pasaran 250-500cc seawal tahun depan. Perkembangan terbaru itu merupakan sebahagian daripada perancangan ‘More Roads to Harley-Davidson’ untuk memenuhi permintaan pasaran antarabangsa terhadap jentera kelas pertengahan. “Antara perancangan ‘More Rods to Harley-Davidson’ termasuklah kerjasama dalam menawarkan motosikal bersaiz kecil…

MV Augusta Superveloce 800 Akan Dilancarkan Tahun Depan!

Jika anda mengikuti perkembangan MV Augusta di laman sosial, pastinya berita ini bukan satu kejutan apabila mereka memberikan tayangan ‘sneak peek’ bagi jentera yang bakal diperkenalkan tahun hadapan. Superveloce 800 buat julung kalinya dipertontonkan kepada orang ramai ketika di EICMA tahun lalu dalam bentuk konsep. Rekaan keseluruhan Superveloce seakan mendapat suntikan DNA model 500 Three…

KTM 2020: Kembalinya Jentera ‘Off-Road’ 4-Lejang

KTM mengumumkan gelombang kedua bagi model 2020 termasuk memperkenalkan semula barisan model XCF-W! Sebelum ini, KTM berkata bahawa model EXC dual-sport sudah memadai sebagai jentera off-road. Bagaimanapun, bagi tahun 2020, pendirian KTM berubah dan mereka akan menawarkan semula model XCF-W. Barisan model tersebut akan kelihatan lebih kurang sama dengan jentera dual-sport namun tidak lagi dibebankan…

Padah Letak Kereta Sesuka Hati, Dapat ‘Paint Job’ Percuma

Seorang pemilik kereta terkejut apabila keretanya telah disembur dengan cat berwarna merah dalam satu insiden yang berlaku di Lembah Klang, hari ini. Menurut perkongsian di Facebook Mcclubz, sebuah kenderaan jenis Toyota Estima telah disembur dengan beberapa mesej kemarahan ekoran didakwa meletakkan kereta secara sesuka hati. Pemilik kereta terbabit terkejut melihat keretanya dipenuhi perkataan ‘mati’, ‘gila’dan…

Hyundai Umum Harga Baharu Bagi Semua Model

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan harga terbaru bagi semua model Hyundai di Malaysia yang melibatkan model IONIQ, Tucson, Grand Starex dan Elantra. Hyundai menawarkan harga RM99,888 bagi model IONIQ Hybrid 1.6 GDi Atkinson Cycle HEV dan RM115,888 bagi IONIQ Hybrid 1.6 GDi Atkinson Cycle HEV Plus. Sementara itu, harga baru bagi Tucson Nu 2.0…

Skuter Elektrik Super Soco CUx Ducati Didedahkan

Skuter Super Soco CUx Ducati ini bukanlah jentera yang dihasilkan sepenuhnya oleh Ducati, sebaliknya ia merupakan kerjasama dengan syarikat skuter elektrik yang berpangkalan di UK. Menariknya, ini adalah model skuter elektrik yang digunakan pasukan MotoGP Ducati di padok. Ducati juga tidak melakukan perubahan ketara terhadap rekaan keseluruhan CUx selain daripada mengenakan warna tema Ducati –…

MotoGP: Honda Lakar Kemenangan Ke-300 Dalam Kelas Premier

Marc Marquez merekodkan kemenangan ke-47 dalam kariernya di MotoGP apabila memenangi GP Perancis malam tadi sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan dalam perebutan kejuaraan musim ini. Lebih menarik, pencapaian tersebut merupakan kemenangan ke-300 Honda dalam kelas premier, sekaligus menjadi pengeluar pertama yang berjaya merekodkan angka itu. Kemenangan pertama Honda hadir pada tahun 1966 di Hockenheim bersama pelumba,…