SPY SHOT: Bajaj Dominar Versi Touring Bakal Dilancarkan?

Bajaj dilaporkan akan memperkenalkan Dominar 400 versi touring berdasarkan beberapa gambar yang telah didedahkan. Akaun Instagram iamabkerdotcom telah memuat naik beberapa gambar diambil dari kilang Bajaj di Pune yang didakwa merujuk kepada Dominar varian touring. Berdasarkan imej dikongsikan, Dominar 400 tersebut tampil dengan penghadang angin lebih tinggi serta handguard. Bagaimanapun, jika dakwaan ini benar maka…

Zongshen-Aprilia Lancar GPR250R – 27.6HP, 21.5Nm

Zongshen-Aprilia telah pun melancarkan GPR250R di Xi’an Auto Expo, China, baru-baru ini. Zongshen merupakan pengeluar motosikal di China yang bertanggungjawab memasarkan dan memasang jentera Aprilia di negara itu. Bagi tahun 2021, GPR250R telah dikemaskini dengan rekaan baharu selaras dengan model Aprilia sedia ada. GPR250R kini tampil dengan rekaan agresif di bahagian depan menerusi tiga lampu…

Benda Lancar LFS 700 Di China – 680cc, 92.5HP

Baru-baru ini, pengeluar motosikal China, Benda, mencuri tumpuan apabila melancarkan model terbaru, LFC 700. LFC 700 merupakan motosikal segmen sport cruiser yang tampil dengan dua varian, dengan standard menawarkan 84.5hp pada 10,000 rpm manakala model premium (High Power) hadir dengan 92.5hp pada 11,000rpm. Menariknya, Benda turut memperkenalkan LFS 700, sebuah motosikal segmen naked yang juga…

Jadual Baharu Dedah Sepang Anjur MotoGP Pada Oktober, GP Australia Dibatalkan

FIM dan Dorna Sport telah mengemaskini jadual penganjuran 2021 MotoGP dan menyaksikan GP Australia dibatalkan. Pada masa sama, GP Argentina yang ketika ini ditunda dijangka akan turut dibatalkan. Sementara itu, pembatalan GP Australia menyaksikan Thailand bakal menerima kunjungan MotoGP pada 17 Oktober diikuti Malaysia pada 22 higga 24 Oktober, seminggu lebih awal daripada dijadualkan sebelum…

Aprilia Bakal Umum Panggilan Semula 700 Unit RS660 Dan Tuono 660 Seluruh Dunia

Baru-baru ini, Aprilia telah melaksanakan panggilan semula beberapa model RS660 dan Tuono 660 di Amerika Syarikat. Panggilan semula itu dibuat susulan terdapat kes telah dikemukakan kepada pihak berkuasa keselamatan trafik AS, National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), di mana ‘connecting rod/conrod’ pada model RS660 telah patah meskipun baru merekodkan 2,300 kilometer. Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini,…

Paten Dedah Honda Bangunkan CRF1100L Africa Twin Versi Turbo

Honda CRF1100L Africa Twin bakal dapat suntikan turbo berdasarkan paten terbaru difailkan pengeluar motosikal Jepun itu. Africa Twin merupakan motosikal segmen adventure dengan enjin silinder berkembar 1,083cc yang menawarkan 98hp pada 7,500rpm dan 103Nm pada 6,000rpm. Namun jika dibandingkan dengan pesaing lain dalam segmennya, BMW R 120 GS dan Ducati Multistrada V4 menawarkan kuasa yang…

Jualan Isuzu D-Max Cecah 1,200 Unit Setiap Bulan Di Malaysia

Jualan Isuzu D-Max baharu telah merekodkan peningkatan 100 perats sejak dilancarkan di Malaysia. Menurut Isuzu Malaysia, rata-rata 1,200 unit tempahan diterima setiap bulan bagi model generasi ketiga itu sejak dilancarkan April lalu. Trend sama ini turut dicerminkan di Australia, New Zealand dan Thailand dengan angka jualan meningkat berlipat ganda. Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi…

Honda Bangunkan Semula Enjin V4

Honda dilaporkan sedang membangunkan semula enjin V4 selepas pengeluar motosikal Jepun itu memfailkan paten enjin itu di Eropah baru-baru ini. Difahamkan, paten sama pernah difailkan di Jepun dan Amerika Syarikat pada 2013 namun berbeza kali ini, rekaan enjin V4 tersebut turut membenarkan Honda untuk membangunkan enjin V2. Langkah ini bukan sesuatu yang baru apabila pengeluar…

MotoGP: Miguel Oliveira Akui Dihubungi Yamaha

Monster Energy Yamaha dan Maverick Vinales telah bersetuju untuk berpisah di penghujung musim 2021, baru-baru ini. Persetujuan bersama dicapai untuk Yamaha menamatkan kontrak Vinales yang masih berbaki semusim hingga 2022. Ketika pelbagai khabar angin berlegar antaranya pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli dipetik sebagai pengganti Vinales, kini timbul pula nama Miguel Oliveira. Pelumba…