Aprilia Bakal Umum Panggilan Semula 700 Unit RS660 Dan Tuono 660 Seluruh Dunia

Baru-baru ini, Aprilia telah melaksanakan panggilan semula beberapa model RS660 dan Tuono 660 di Amerika Syarikat.

*Aprilia Tuono 660

Panggilan semula itu dibuat susulan terdapat kes telah dikemukakan kepada pihak berkuasa keselamatan trafik AS, National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), di mana ‘connecting rod/conrod’ pada model RS660 telah patah meskipun baru merekodkan 2,300 kilometer.

*Aprilia RS660

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Aprilia bakal mengumumkan panggilan semula kedua-dua model membabitkan 700 unit seluruh dunia.

Difahamkan, panggilan semula secara global itu terpaksa dilakukan setelah mendapati ‘conrod’ yang dihasilkan bagi enjin 660cc parallel-twin itu tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan.

Sebagai langkah keselamatan, kesemua model yang dipanggil semula akan digantikan dengan enjin serba baharu di samping memperbaharui waranti kilang. – motorradonline

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]