Jadual Baharu Dedah Sepang Anjur MotoGP Pada Oktober, GP Australia Dibatalkan

FIM dan Dorna Sport telah mengemaskini jadual penganjuran 2021 MotoGP dan menyaksikan GP Australia dibatalkan.

Pada masa sama, GP Argentina yang ketika ini ditunda dijangka akan turut dibatalkan.

Sementara itu, pembatalan GP Australia menyaksikan Thailand bakal menerima kunjungan MotoGP pada 17 Oktober diikuti Malaysia pada 22 higga 24 Oktober, seminggu lebih awal daripada dijadualkan sebelum ini.

Bagaimanapun, status Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai tuan rumah GP Malaysia masih lagi belum dapat disahkan ekoran kes harian Covid-19 masih lagi tinggi ketika ini.

Setakat 5 Julai 2021, kes positif Covid-19 berada pada 6,387.

Dalam perkembangan sama, FIM dan Dorna mengumumkan MotoGP akan kembali ke Autodromo do Algarve, Portimao pada 5 hingga 7 November buat kali kedua setelah menjadi tuan rumah pusingan ketiga musim ini.