Wmoto Xtreme 150i Cabar Segmen Skuter 150cc Di Malaysia – RM9,588!

Wmoto sedia memberi saingan terhadap segmen skuter 150cc di Malaysia menerusi Xtreme 150i.

Meskipun diangga sebagai jenama baharu disini namun Extreme 150i berjaya menerima penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP) dan diiktiraf sebagai motosikal paling selamat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Wmoto Xtreme 150i dikuasakan enjin satu silinder 149.3cc dengan standard Euro 4 dan menawarkan 12.1hp pada 8,500rpm serta 11.8Nm pada 5,000rpm.

Rekaan keseluruhan skuter ini ternyata mencerminkan elemen ekstrim dengan reka bentuk ala ‘adventure’ sepertimana yang ditawarkan pesaing lain antaranya Honda ADV 150.

Antara ciri menarik ditawarkan:

  • berat 143kg
  • kapasiti tangki 11L
  • fungsi start-stop
  • sistem ABS
  • fork USD
  • monoshock belakang boleh laras
  • port pengecas UBS
  • lampu LED penuh
  • penghadang angin boleh laras

Menariknya, Pengurus Perancangan dan Pembangunan Produk, Omar Yani, mendakwa Wmoto Xtreme 150i ini mampu mendaftar jarak sekitar 400km dengan tangki penuh.

Xtreme 150i ini tampil dengan pilihan warna, merah serta kelabu dan dijual pada harga RM9,588 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.