Saingan MotoGP 2021 kini memasuki cuti pertengahan musim dan hanya akan kembali beraksi pada bulan Ogos nanti. Bagaimanapun, ketika sebahagian besar pasukan di MotoGP telah pun mengesahkan slot pelumba bagi musim 2022, Petronas Sepang Racing Team (SRT) masih lagi dalam ketidaktentuan. Menurut prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali, pasukan itu masih menanti keputusan dari Valentino Rossi…
Category: motogp
Pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) menjadi topik perbualan ketika ini ekoran status Valentino Rossi dan Franco Morbidelli masih belum dipastikan menjelang musim 2022. Selain isu persaraan, Rossi turut dicanang untuk sertai pasukan miliknya Aramco Racing Team VR46 musim depan manakala Morbidelli dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan factory Yamaha bagi menggantikan Maverick Vinales. Walaupun tiada…
Pelumba veteran, Valentino Rossi percaya Pedro Acosta bakal menjadi bintang baharu MotoGP pada masa akan datang. Bagaimanapun, tujuh kali juara dunia MotoGP itu nafi dakwaan dia merancang untuk membawa Acosta dari Moto3 ke MotoGP musim depan bersama VR46. “Saya ada terbaca mengenai perkara ini tetapi ia tidak benar. “Sudah tentu sebagai pelumba kami gembira, Pedro…
Jack Miller akan terus menyarung warna merah bagi musim 2022 setelah menandatangani kontrak lanjutan bersama Ducati. Pelumba itu dianugerahkan kontrak sambungan apabila berjaya merekodkan dua kemenangan selepas lima pusingan setakat ini. Dua kemenangan berturut-turut di Jerez dan Le Mans menjadikan Miller pelumba Australia pertama selepas Casey Stoner melakukannya pada 2012. Miller ketika ini menduduki tempat…
Valentino Rossi mendedahkan bahawa Yamaha dan Ducati dalam pertimbagan Aramco Racing Team VR46 dalam menghadapi saingan MotoGP 2022. Meskipun Yamaha sememangnya dalam jangkaan namun peluang untuk beraksi musim depan bersama Ducati turut terbuka menerusi Avintia Racing (Ducati). Ini kerana Avintia membuat keputusan untuk meninggalkan saingan MotoGP hujung musim ini lantas membuka peluang pada VR46 untuk…
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, akhirnya mengutip mata pertama musim ini meskipun menamatkan aksi di kedudukan ke-16. Penganugerahan mata itu diberikan ekoran keputusan Lorenzo Dalla Porta menduduki tempat ke-11 dibatalkan sekaligus menyaksikan Hafizh secara rasminya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15. Keputusan pembatalan pelumba itu dibuat setelah mendapati Dalla Porta dan jentera Moto2 miliknya merekodkan (gabungan)…
Minggu lalu, berita mengenai pengesahan pasukan VR46 bakal beraksi di kelas premier MotoGP mula berlegar selepas kenyataan media oleh pihak Tanal Entertainment Sport & Media. Kenyataan tersebut mengumumkan bahawa pasukan VR46 akan beraksi di MotoGP musim 2022 bersama Tanal Entertainment Sport & Media dengan Saudi Aramco sebagai penaja utama bagi tempoh 2022 hingga 2026. Tanal…
Pelumba utama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PSRT), Frano Morbidelli, mengakui adalah tidak adil baginya mengharungi musim 2021 dengan jentera lama. Morbidelli muncul pelumba terbaik Yamaha tahun lalu apabila menamatkan saingan MotoGP 2020 di tempat kedua, hanya dipisahkan 13 mata di belakang juara, Joan Mir. Bagaimanapun, memasuki tahun baru, dia muncul pelumba tunggal Yamaha yang…
Pasukan VR46 sah sertai MotoGP musim depan dan akan beraksi di kelas premier sehingga 2026 setelah menandatangani perjanjian bersama penaja utama Saudi Aramco. Projek MotoGP tersebut berjaya dilunaskan hasil kerjasama dengan Tanal Entertainment Sport & Media, syarikat milik YM Putera Abdulaziz Al-Saud. “Tanal Entertainment Sport & Media, syarikat milik Putera Abdulaziz bin Abdullah Al-Saud, mengumumkan…