Ramai Anggap Pilih Quartararo Satu Kesilapan – Razlan

Siapa sangka Petronas Sepang Racing Team (SRT) mampu melakar nama di pentas MotoGP sejak membuat keputusan untuk naik ke kelas premier bersama Yamaha setahun yang lalu. Kini pasukan yang mempertaruhkan Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli itu berjaya menempah nama sebagai antara pasukan yang paling mencuri tumpuan apabila telah pun mengutip 161 mata – Quartararo (92…

Modenas KR3: Nama Yang Tidak Lagi Disebut Namun Tak Akan Pernah Dilupakan

Bagi generasi baharu, nama MODENAS mungkin dianggap sebagai jaguh kampung tetapi bagi mereka yang tahu, MODENAS pernah melakar nama buat sementara waktu di arena MotoGP. Jentera yang dicanang itu bernama Modenas KR3 – sebelum bertukar nama ke Proton KR3. Bagaimana segalanya bermula? Pada 1997, Kenny Roberts – bekas juara tiga kali MotoGP – meninggalkan Malboro…

GP Britain: Quartararo Salahkan Rins, Dovizioso Alami Hilang Ingatan

Pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo mendakwa kemalangan yang menimpanya berlaku daripada kesilapan Alex Rins yanng memintasnya di selekoh pertama. Quartararo mengalami insiden ‘highside’ lalu terbabas yang turut menyaksikan jenteranya dilanggar Andrea Dovizioso. Dovizioso terpaksa dikejarkan ke hospital susulan mengalami hilang ingatan sementara apabila mengalami hentakan kuat susulan perlanggaran tersebut. Quartararo kemudiannya menjelaskan bahawa kemalangan tersebut…

Sambar Petak Kedua, Rossi Akui Lebih Serasi Dengan Jentera

Valentino Rossi berjaya menempatkan dirinya di kelompok depan buat julung kalinya selepas GP Austiin, April lalu apabila berjaya menduduki petak kedua ketika sesi kelayakan di Silverstone, malam tadi. Selepas merekodkan aksi hambar sebelum cuti musim panas, Rossi berjaya bangkit dengan tunggangan lebih baik sejak di Brno. Menurut laporan Crash.net, Rossi akui dia berasa cukup gembira…

Hafizh Masih Berharap Kekal Di MotoGP Bersama Tech3

Keputusan Johann Zarco untuk meninggalkan KTM bermakna pintu masih terbuka untuk pelumba negara, Hafizh Syahrin meneruskan karier di kelas premier MotoGP. Hafizh dijangka turun ke saingan Moto2 selepas tempatnya digantikan oleh Brad Binder bagi musim 2020. Senario itu membuatkan KTM kekurangan calon untuk menggantikan tempat Zarco namun timbul khabar angin bahawa kekosongan itu akan diisi…

Hafizh Sah Beraksi Di Silverstone Selepas Pulih Daripada Kecederaan

Hafizh Syahrin kembali cergas sepenuhnya untuk beraksi di litar Silverstone hujung minggu ini setelah mengalami kecederaan gegar otak dan siku di Red Bull Ring sebelum ini. Hafizh berdepa saat getir dala kariernya apabila dia masih belum mengesahkan masa depannya bagi musim 2020 selepas kehilangan tempat di KTM Tech3 kepada Brad Binder. Bagaimanapun, susulan insiden di…

Dani Pedrosa Nafi Ganti Zarco Di KTM

Zarco mengakui dia tidak gembira di KTM dan membuat keputusan untuk berhenti bagi mencari semula “senyuman” yang telah lama hilang. Sementara itu, Pedrosa turut mengesahkan dia tidak akan kembali ke MotoGP sebagai pengganti Zarco selepas bersara hujung musim lalu dan kini bersama KTM sebagai ‘test rider’. Dalam perkembangan lain, Valentino Rossi memilih Andrea Dovizioso sebagai…

Tech3 Ikut Jejak KTM Tinggalkan Moto2, Tubuh Pasukan Baharu Di Moto3

Tech3 turut mengikut jejak KTM untuk meninggalkan saingan Moto2 sebaliknya sertai kelas Moto3 bagi musim 2020. KTM mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada kelas Moto2, Ahad lalu selepas berakhirnya GP Austria. Tech3 yang menjadi pasukan satelit KTM di MotoGP tahun ini selepas berpisah dengan Yamaha musim lalu telah pun beraksi di Moto2 pada 2010 menggunakan…

Alex Marquez Sah Kekal Bersama Marc VDS Semusim Lagi

Pendahulu kejuaraan Moto2, Alex Marquez tidak akan ke MotoGP musim depan apabila bersetuju untuk kekal bersama Marc VDS di Moto2. Difahamkan, Petronas SRT Moto2 telah pun membentangkan tawaran bagi pelumba berusia 23 tahun itu tetapi urusan tersebut tidak menjadi ekoran Yamaha keberatan untuk menyerahkan slot dalam pasukan satelit musim berikutnya. “Saya gembira untuk mengumumkan bahawa…