SRT Masih Menunggu Jawapan Dari Rossi – Razlan Razali

Saingan MotoGP 2021 kini memasuki cuti pertengahan musim dan hanya akan kembali beraksi pada bulan Ogos nanti.

Bagaimanapun, ketika sebahagian besar pasukan di MotoGP telah pun mengesahkan slot pelumba bagi musim 2022, Petronas Sepang Racing Team (SRT) masih lagi dalam ketidaktentuan.

Menurut prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali, pasukan itu masih menanti keputusan dari Valentino Rossi dan Yamaha mengenai musim depan.

“Kami masih menunggu keputusan dari Valentino dan Yamaha untuk tahun depan.

“Tetapi perkara ini adalah normal, tetapi perkembangan terbaru mengenai pasaran pelumba MotoGP sudah tentu membuka mengundang pelbagai kemungkinan.

“Ketika ini perbincangan antara kami bersama Yamaha dan barisan pelumba sedia ada sedang pun berjalan, tetapi kami tidak tergesa-gesa untuk membuat sebarang pengumuman,” jelas Razlan dalam satu kenyataan.

*Raul Fernandez

Sementara itu, Razlan mendedahkan terdapat ramai pelumba termasuk pelumba di luar MotoGP yang berminat dengan projek SRT ketika ini.

“Ramai pelumba yang menyuarakan minat untuk sertai kami.

“Kami percaya dengan masa dan kedudukan untuk membuat pemilihan kerana semua tahu pakej yang boleh ditawarkan Yamaha terutamanya buat pelumba muda yang berpotensi besar.

“Kami memiliki struktur dan pakej terbaik untuk bakat baru bagi mencapai impian mereka sepertimana yang dilakukan Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo,” tambah Razlan.

*Valentino Rossi

Rossi dicanang akan meninggalkan SRT hujung musim ini bagi memberi fokus ke saingan baharu di samping turut dikaitkan dengan pasukan Aramco Racing Team VR46.

*Franco Morbidelli

Sementara Morbidelli didakwa akan berangkat ke pasukan factory Yamaha bagi menggantikan Vinales.

Beberapa minggu lalu, pengurus SRT, Johann Stigefelt turut mendedahkan pasukan itu berminat dengan khidmat Raul Fernandez dari Red Bull KTM Ajo di Moto2.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.