MotoGP: Bagnaia Juara Aksi Pembukaan Di Portugal

Pelumba Ducati Francesco Bagnaia, meneruskan kecemerlangan merangkul kejuaraan dunia musim lalu dengan memenangi aksi pembukaan Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 di Portimao, Portugal, hari ini.  Bagnaia mengutip 25 mata penuh selepas berjaya mengatasi beberapa asakan pelumba lain. Susulan daripada kejayaan memenangi perlumbaan Sprint pada Sabtu, Bagnaia kini mengutip 37 mata keseluruhan. Sementara itu, pelumba factory Aprilia…

MotoGP: Alex Rins Menang Di Australia, Francesco Bagnaia Kini Pendahulu Kejuaraan Baharu

Fabio Quartararo akhrinya hilang statusnya selaku pendahulu kejuaraan MotoGP selepas berjaya dirampas pencabar, Francesco Bagnaia. Bagnaia kini mendahului kejuaraan dunia MotoGP dengan 233 mata, 14 mata dihadapan Quartararo yang gagal mengutip sebarang mata ekoran kemalangan di Litar Phillip Island, Australia. Bagaimanapun, saingan GP Australia tertumpu pada Alex Rins yang berjaya menghadiahkan (mungkin) kemenangan terakhir Suzuki…

RASMI: Marc Marquez Kembali Berlumba Hujung Minggu Ini

Selepas menjalani Misano Test dengan cemerlang, lapan kali juara dunia, Marc Marquez akan kembali ke litar lumba MotoGP pada hujung minggu ini di GP Aragon. Pelumba Repsol Honda itu berjaya melengkapkan Misano Test yang berlangsung selama dua hari sebelum menyambung latihan intensif di rumah. Berdasarkan keputusan ujian, Marc Marquez dan Honda telah menetapkan pusingan seterusnya…

RASMI: Ducati Pilih Enea Bastianini

Ducati akhirnya membuat keputusan dengan mengumumkan Enea Bastianini sebagai gandingan baharu Francesco Bagnaia bagi saingan Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2023. Keputusan itu dilihat agak mengejutkan tatkala pelumba Pramac Racing, Jorge Martin, terlebih dahulu dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan itu sebelum ini. Ini sekaligus menyaksikan Martin akan terus kekal bersama Pramac bagi musim 2023. Ducati mengambil…

MotoGP: Bagnaia Kemalangan Kereta Di Ibiza, Polis Kesan Paras Alkohol Tinggi

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terlibat dalam kemalangan kereta di Ibiza, Sepanyol pada pagi Selasa. Menurut laporan akhbar Sepanyol, kereta dipandu Bagnaia hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan. Bagaimanapun, pelumba Itali itu kemudiannya menjalani ujian pernafasan alkohol (ujian breathalyzer) dan mendapati kandungan alkohol dalam badannya adalalah lebih tinggi dari yang ditetapkan. Untuk rekod, had ditetapkan…

MotoGP: Langgar Espargaro, Quartararo Dikenakan ‘Long Lap Penalty’ Di GP Britain

Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo telah dikenakan denda gara-gara kesilapannya melanggar Aleix Espargaro di GP Belanda pada Ahad. Ketika cuba mengejar Francesco Bagnaia sebaik perlumbaan bermula, Quartararo kehilangan kawalan di Turn 5 lalu terbabas dan terlanggar wakil Aprilia, Espargaro. Espargaro kemudiannya terpaksa mengejar semula kelompok depan apabila jatuh ke kedudukan ke-15 sebelum berjaya menamatkan saingan di…

RASMI: Suzuki Mahu Tinggalkan MotoGP Di Akhir Musim 2022

Selepas berminggu spekulasi dan pelbagai dakwaan timbul, akhirnya pihak Suzuki Motor Corporation buka mulut mengenai status semasa di MotoGP. Dalam kenyataan terbaru dikeluarkan hari ini, Suzuki mendedahkan pihaknya dalam perbincangan bersama Dorna untuk menamatkan penyertaan di MotoGP pada penghujung musim 2022. Menurut Suzuki, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira faktor ekonomi di dan perubahan besar…

Suzuki Tinggalkan MotoGP, RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia?

Terdapat dua berita mengejutkan hadir dari kem MotoGP baru-baru ini bermula dengan Suzuki yang dikatakan akan meninggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP pada penghujung musim 2022 ini. Sementara itu, pasukan kendalian Razlan Razali, RNF Racing – yang dijenamakan semula daripada Petronas Sepang Racing Team (PSRT) – dikatakan akan menjadi pasukan satelit bagi Aprilia, meninggalkan Yamaha. Suzuki Tinggalkan…

MotoGP: Fabio Quartararo Kembali Ke Puncak, Juarai GP Portugal

Pusingan kelima MotoGP di Litar Algarve menyaksikan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo kembali ke podium selaku juara buat kali pertama musim ini. Ini merupakan podium kedua buat Quartararo setelah menduduki tempat kedua sewaktu pusingan kedua di Litar Mandalika, Mac lalu. Sementara itu, tempat kedua jadi milik Johann Zarco yang meskipun pada satu ketika berada di kedudukan…