Dovizioso Pencabar Utama Kejuaraan Musim Ini – Quartararo

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo menyifatkan Andrea Dovizioso sebagai pencabar utamanya dalam perebutan kejuaraan musim ini. Pelumba Ducati MotoGP itu merekodkan kemenangan di GP Austria semalam sekaligus melengkapkan kecemerlangan Ducati di Litar Red Bull Ring buat kali ke-50. Kemenangan itu membawa seribu satu makna buat Dovizioso yang turut mengesahkan 2020 merupakan…

GP Austria: Vinales Terpantas Sesi Kelayakan

Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok selepas merekodkan masa terpantas ketika sesi kelayakan di Red Bull Ring, hari ini. Pole position for @mvkoficial12!!! 🔥 What a turnaround for @YamahaMotoGP as the Spaniard pips @jackmilleraus and @FabioQ20 for pole! 🏁#AustrianGP 🇦🇹 pic.twitter.com/ztdR5U4xo5 — MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 15, 2020 Vinales…

MotoGP: Dovizioso Tinggalkan Ducati Hujung Musim Ini

Selepas berbulan Ducati MotoGP dan Andrea Dovizioso gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak lanjutan, akhirnya disahkan pelumba itu membuat keputusan untuk tukar angin. Perkara itu disahkan sendiri pengurus Dovizioso, Simone Battistella yang membuat pendedahan kepada Sky Italia. “Kami telah berbincang dengan Ducati dan Andrea menjelaskan keputusannya untuk tidak meneruskan kariernya bersama pasukan itu selepas ini. “Kami…

Zarco Sengaja Langgar Saya – Pol Espargaro

Pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro mendakwa Johann Zarco sengaja melanggarnya sehingga dia terbabas dan gagal menamatkan perlumbaan di GP Republik Czech, minggu lalu. Seperti rakan sepasukan, Brad Binder yang mempamerkan tunggangan cemerlang untuk merekodkan kemenangan sulung KTM di MotoGP, Espargaro turut beraksi dengan mantap. Bagaimanapun, insiden di Turn 1 menyaksikan Espargaro tersasar jauh daripada…

MotoGP: Masalah Enjin Bikin Gusar Yamaha

Yamaha meraikan kejayaan di GP Andalucia baru-baru menerusi Fabio Quartararo, Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Quartararo menghadiahkan kemenangan kedua buat Petronas Sepang Racing Team (SRT) diikuti Rossi kedua dan Vinales melengkapkan podium bagi pasukan Monster Enegery Yamaha. Bagaimanapun, disebalik kejayaan itu, pasukan masing-masing mula bimbang tatkala ketiga-tiga pelumba itu telah pun kehilangan tiga daripada lima…

Litar Terlalu Panas Jejas Keadaan Tayar – Hafizh Syahrin

Hafizh Syahrin gagal mengutip mata dalam pusingan kedua di Litar Jerez semalam apabila terbabit dengan kemalangan dalam aksi Moto2. Hafizh merekodkan aksi cemerlang minggu lalu apabila berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 dan mengutip 10 mata. Bagaimanapun, keadaan litar yang terlalu panas telah memberi kesan terhadap pretasi tayar yang menyaksikan pelumba Aspar Team itu terjatuh…

Gila Marquez Datang, Mahu Kembali Berlumba Hujung Minggu Ini

Marc Marquez, yang baru menjalani pembedahan ekoran terlibat kemalangan minggu lalu berhajat untuk beraksi hujung minggu ini di GP Andalucia. Marquez disahkan alami keretakan tulang lengan tangan susulan kemalangan ngeri di litar Jerez minggu lalu. Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan dibedah Dr Xavier Mir yang mendapati tiada sebarang kerosakkan pada bahagian saraf namun plat…

Pintu Petronas SRT Masih Terbuka Buat Hafizh Syahrin – Razlan Razali

Syaratnya, Hafizh Syahrin perlu memenuhi kriteria dengan menamatkan saingan Moto2 musim 2020 dalam kelompok lima terbaik. Itu syarat dikenakan Petronas Sepang Racing Team (SRT) terhadap pelumba berusia 26 itu menurut prinsipal pasukan, Dato Razlan Razali ketika ditemu bual BH. “Pilihan pertama adalah menyerap Hafizh ke pasukan Moto2 SRT tetapi sekiranya kami gagal mencari pengganti Fabio…

Saya Mampu Cabar Kelompok Depan – Hafizh Syahrin

Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam. Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15. “Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik. “Saya rasa mampu…