Miguel Oliviera, merekodkan kejutan di GP Styria apabila muncul pemenang meskipun berada di tempat ketiga ketika memasuki selekoh terakhir. Litar Red Bull Ring sekali lagi mengundang pelbagai drama selepas kemalangan ngeri yang berlaku minggu lalu. Suzuki pada awalnya mendahului perlumbaan menerusi Joan Mir namun segalanya berubah apabila bendera merah dikibarkan susulan kemalangan menimpa pelumba Monster…
Category: MotoGP 2020
Pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro merekodkan masa terpantas ketika sesi kelayakan GP Styria buat julung kalinya di kelas premier. Ini juga merupakan petak pertama sulung buat kem KTM selepas empat tahun bersaing di kelas premier. Espargaro merekodkan catat masa 1 minit 23.580 saat untuk memulakan perlumbaan di petak pertama esok di Litar Red Bull…
Pasukan Ducati MotoGP, sedang dalam perbincangan bersama Francesco Bagnaia bagi menggantikan Andrea Dovizioso yang akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini. Dovizioso mengumumkan hasratnya untuk berhijrah ketika di GP Austria minggu lalu menerusi pengurusnya yang membuat pendedahan di Sky Italia. Berita itu hadir selepas Ducati dan Dovizioso gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak lanjutan selepas beberapa…
Selepas berbulan Ducati MotoGP dan Andrea Dovizioso gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak lanjutan, akhirnya disahkan pelumba itu membuat keputusan untuk tukar angin. Perkara itu disahkan sendiri pengurus Dovizioso, Simone Battistella yang membuat pendedahan kepada Sky Italia. “Kami telah berbincang dengan Ducati dan Andrea menjelaskan keputusannya untuk tidak meneruskan kariernya bersama pasukan itu selepas ini. “Kami…
Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam. Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15. “Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik. “Saya rasa mampu…
Pada bulan Jun yang lalu, Dani Pedrosa telah mengumumkan bahawa dia akan bersara dari perlumbaan MotoGP pada penghujung musim 2018. Dani, yang baharu sahaja memasuki usia 33 tahun, telah berjaya menaiki podium MotoGP sebanyak 33 kali, namun tidak pernah memenangi kejohanan dunia tersebut. Pasukan Bull KTM telah merebut peluang ini dan mengambil Dani sebagai penunggang…
Walaupun masih belum disahkan oleh Honda, laporan telah mengatakan yang Lorenzo telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Honda. Perjanjian ini dikatakan bernilai €4 juta setahun dan telah ditandatangani sebelum kemenangan sulung Lorenzo bersama Ducati. Pasukan satelit Yamaha yang telah dikaitkan dengan Lorenzo akan tetap diteruskan tanpanya.