MotoGP: Johann Zarco SAH Berpindah Ke KTM!

Johann Zarco akhirnya telah mengumumkan bahawa dia akan menyertai pasukan pengilang KTM bagi MotoGP musim 2019 dan 2020. Penunggang kelahiran Perancis itu akan berganding dengan Pol Espargaro yang juga telah memperbaharui kontrak dua tahun bersama KTM. KTM yakin yang Zarco akan mampu mengemudi jentera KTM RC16 bagi menduduki tempat di atas podium.

MotoGP: Marc Marquez Akan Bersama Repsol Honda Hingga 2020!

Marc Marquez telah menandatangani perjanjian baru dengan Repsol Honda yang akan menyaksikannya berlumba bagi pasukan tersebut sehingga hujung musim 2020. Juara dunia MotoGP empat kali itu telah bersama dengan pasukan Repsol Honda sejak tahun 2013 dan hanya gagal memenangi satu kejohanan pada tahun 2015. Pembaharuan kontrak ini telah melenyapkan segala gosip mengenai perpindahan Marquez ke…