MotoGP: Bagnaia Ambil Alih Kerusi Dovizioso Di Ducati 2021

Advertisements

Pasukan Ducati MotoGP, sedang dalam perbincangan bersama Francesco Bagnaia bagi menggantikan Andrea Dovizioso yang akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini.

Andrea Dovizioso

Dovizioso mengumumkan hasratnya untuk berhijrah ketika di GP Austria minggu lalu menerusi pengurusnya yang membuat pendedahan di Sky Italia.

Berita itu hadir selepas Ducati dan Dovizioso gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak lanjutan selepas beberapa bulan perbincangan meskipun pelumba berusia 33 tahun itu muncul tempat kedua kejuaraan dunia dalam 3 tahun berturut-turut.

Pada masa sama, Ducati turut akan mempertaruhkan Jack Miller musim depan menggantikan Danilo Petrucci.

Jack Miller

Miller yang pada awalnya akan dipasangkan dengan Dovizioso kini dikhabarkan akan bergandingan dengan rakan sepasukan di Pramac, Pecco Bagnaia.

Bagnaia ketika ini sedang dalam perbincangan untuk kontrak lanjutan dua tahun namun masih belum dipastikan sama ada kontrak tersebut adalah bersama Pramac atau bersama pasukan Factory Ducati.

Perkara itu disahkan Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti.

“Kami sedang dalam perbincangan untuk memperbaharui kontrak Bagnaia untuk dua tahun tetapi kami akan buat keputusan kemudian sama ada untuk Pramac atau bersama pasukan factory Ducati,” jelasnya.

Sementara itu, Ciabatti turut mendedahkan pihaknya turut bercadang untuk terus memberi kepercayaan terhadap Johann Zarco di Pramac musim depan.

Johann Zarco

“Kami bercadang untuk teruskan bersama Zarco musim depan, di samping menarik seorang pelumba Itali di Moto2 untuk bersama kami di MotoGP,” tambahnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.