Jorge Lorenzo Sah Sertai Honda Bagi MotoGP Musim 2019 Dan 2020

  • Walaupun masih belum disahkan oleh Honda, laporan telah mengatakan yang Lorenzo telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Honda.
  • Perjanjian ini dikatakan bernilai €4 juta setahun dan telah ditandatangani sebelum kemenangan sulung Lorenzo bersama Ducati.
  • Pasukan satelit Yamaha yang telah dikaitkan dengan Lorenzo akan tetap diteruskan tanpanya.

Setelah berminggu lamanya tersebar spekulasi dan khabar angin mengenai masa depan Jorge Lorenzo, akhirnya ianya telah disahkan; juara dunia MotoGP tiga kali itu akan menyertai pasukan MotoGP Honda.

Ketika warga Malaysia sedang nyenyak tidur, rundingan demi rundingan telah dijalankan sepanjang malam dan walaupun ianya dikatakan telah termeterai sebelum Lorenzo memperoleh kemenangan pertamanya bersama Ducati, baru kini dapat disahkan yang pengeluar dari Jepun itu telah pun mengikat kontrak bersama Lorenzo untuk sekurang-kurangnya selama dua musim.

MotoGP Mugello, Itali 2018: Jorge Lorenzo Menangi Perlumbaan Pertamanya Bersama Ducati!

Baru beberapa jam selepas mereka mengumumkan bahawa Pedrosa akan digugurkan dari pasukan tersebut bagi 2019, berita mengenai Lorenzo menyertai Honda telah pun tersebar. Dan walaupun Honda masih belum secara rasminya mengumumkan perjanjian ini, ada sumber-sumber di Eropah yang telah mengesahkan kesahihannya. Perjanjian antara penunggang dan pasukan tersebut dikatakan bernilai €4 juta setahun.

Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Lorenzo bukanlah pilihan utama pasukan berkenaan, dengan penunggang pilihan utama yang lain seperti Johann Zarco, Andrea Dovizioso, dan juga juara dunia Moto2 2017, Joan Mir, telah pun memeterai perjanjian dengan pasukan-pasukan lain, pilihan ini tampak jelas sekali. Penunggang utama yang masih ada pada waktu ini adalah Lorenzo dan bagi Honda ianya pilihan yang tepat sekali.

Laporan terdahulu mngenai Lorenzo mengikat kontrak dengan pasukan satelit Yamaha untuk musim 2019 seakan lebih benar dari yang disangkakan, anda boleh baca laporan kami di sini, namun, tiada pasukan semasa telah didekati bagi mengendali pasukan satelit Yamaha untuk musim 2019. Projek ini telah ditaja oleh Petronas dan Monster, dan sekali lagi laporan mengandaikan yang pasukan ini masih boleh dibangunkan, besar kemungkinan dengan Franco Morbidelli dari pasukan Marc VDS Honda sebagai penunggang utamanya.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]