MotoGP: Danilo Petrucci Sertai Pasukan Pengilang Ducati Bagi Musim 2019

  • Danilo Petrucci telah dinamakan sebagai pengganti Jorge Lorenzo dalam pasukan pengilang Ducati bagi musim 2019.
  • Dia telah menandatangani pembaharuan kontrak selama setahun yang bakal menyaksikan dia mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP19 terkini dengan sokongan penuh pengilang.
  • Penunggang Moto2, Francesco Bagnaia akan menggantikan tempatnya di pasukan Alma Pramac Racing dan berkemungkinan besar bakal ditemani oleh Jack Miller.

Baru semalam kita mendengar berita bahawa penunggang semasa bagi pasukan pengilang Ducati, Jorge Lorenzo, melakukan salah sebuah penghijrahan tergempar dalam sejarah MotoGP. Setelah menakluki litar Mugello dan menjadi penunggang pertama yang telah memenangi satu perlumbaan dalam kelas premier menggunakan jentera Yamaha dan Ducati, Lorenzo telah mengumumkan yang dia akan menyertai pasukan HRC Repsol Honda bagi musim 2019 dan 2020.

Jorge Lorenzo Sah Sertai Honda Bagi MotoGP Musim 2019 Dan 2020

Setelah bergelut selama 18 bulan dalam memastikan atur cara Ducati Desmosedici GP18 sesuai dengan dirinya, juara dunia lima kali itu menyatakan yang ianya sudah “terlambat” untuk meneruskan kerjayanya dia dengan Ducati walaupun setelah menang bergaya di hadapan penyokong Itali pada hari Ahad yang lalu.

Seiring dengan perpindahan Lorenzo ke Honda, Danilo Petrucci yang pada waktu ini sedang menunggang bagi pasukan Alma Pramac Racing akan dinaiktaraf menyertai pasukan pengilang. Kontrak satu tahun ini akan menyaksikannya bukan sahaja mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP19, tetapi mendapat sokongan penuh dari pengilang.

Menurut Petrucci, “Bagi saya, menyertai pasukan pengilang adalah satu impian yang telah menjadi nyata. Ianya satu penghormatan untuk menjadi penunggang rasmi untuk Ducati Team, terutamanya bagi seseorang seperti saya yang memulakan kerjaya di Ducati sebagai penunggang ujian motosikal pengeluaran.”

Bagi Claudio Domenicalli, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Motor Holding, telah berkata “Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jorge Lorenzo atas segala usaha dan komitmen yang telah dia berikan sebagai penunggang Ducati dan lebih-lebih lagi di atas kemenangan menakjubkannya pada hari Ahad yang lalu di Mugello, yang akan terpahat dalam sejarah sebagai salah satu pencapaian perlumbaan hebat pasukan kami.”

“Jorge adalah juara yang hebat, berkebolehan melakukan aksi yang menakjubkan, dan walaupun ianya medukacitakan yang dia telah mengambil masa yang lama untuk serasi dengan motosikal kami, kami akan terus melakukan segala-gala yang mungkin bagi membolehkannya mencapai lebih banyak kemenangan bagi baki pusingan yang ada pada musim ini dan bersaing untuk kejuaraan dunia bersama dengan teman sepasukannya, Andrea Dovizioso. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Danilo, dan kami tidak sabar untuk melihatnya menyertai Ducati Team pada tahun hadapan, bersama dengan Andrea, dan yang kami pasti akan meneruskan peningkatan pantasnya,” tambah Domenicalli.

Dengan tempat dalam pasukan pengilang telah lengkap bagi 2019, tempat Petrucci di pasukan Alma Pramac Racing akan diisi oleh penunggang Moto2, Francesco Bagnaia, manakala Jack Miller tampat pasti akan kekal bersama pasukan tersebut pada musim akan datang. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.

Sumber imej: MotoGP

Hafizh Syahrin Sah Kekal Bersama Pasukan Tech 3 Bagi Musim 2019

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]