HLYM Lancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Kali Ke-20

  • Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha buat kali ke-20 mereka.
  • Acara ini telah diadakan awal hari ini di Plaza Tol Sungai Besi (Arah Selatan).
  • Bersempena dengan pelancaran ini, ke semua cawangan Yamaha akan menyediakan pemeriksaan keselamatan 15 ciri dari hari ini hingga 11 Jun 2018.

Demi keselamatan jalan raya dan juga atas rasa tanggungjawab sosial korporat, Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha kali ke-20 mereka. Acara ini telah diadakan awal hari ini di Plaza Tol Sungai Besi (Arah Selatan). Acara ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Ianya satu detik bersejarah, di mana HLYM telah mendedikasikan komitmen mereka sejak 20 tahun yang lalu terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan juga kesediaan motosikal mereka, terutamanya sewaktu cuti panjang. Dengan tema “20 years – Empowering Road Safety, Together”, acara ini diadakan dengan kerjasama beberapa buah badan utama di Malaysia, terutamanya dengan Malaysia Motorcycle & Scooter Dealers Association (MMSDA).

Detik bersejarah ini juga menyaksikan pelancaran pelbagai program dan inisiatif berkaitan keselamatan seperti Yamaha Safety Riding Science (YSRS), Yamaha Safety Riding Science (YSRS) KIDS, Celik Yamaha, dan Program Motorcycle Education & Training Academy (META).

Menurut Dato’ Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM, “Kerjasama ini bersama rakan-rakan kerjasama kami telah membolehkan kami untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti komuniti sebegini dengan tujuan untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan orang ramai, terutamanya bagi golongan penunggang muda, remaja, dan juga kanak-kanak. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan ianya amat penting bagi semua orang untum menyedari kepentingan tersebut.”

Mereka yang telah menghadiri acara hari ini telah mendapat pemeriksaan keselamatan 15 ciri percuma bagi ke semua model motosikal, pemeriksaan keselamatan palam pencucuh oleh NGK Spark plugs Malaysia Bhd., dan bermacam-macam lagi. Termasuk dalam program tersebut adalah pemberian hadiah helmet yang diluluskan Sirim sebanyak 800 unit, beserta dengan jaket keselamatan, ditaja oleh:

  • AEON Credit Service (M) Bhd
  • KHI Helmets Industries Sdn Bhd
  • Pacific & Orient Insurance Co. Bhd

Bagi mereka yang terlepas acara awal hari ini di Plaza Tol Sungai Besi boleh mengunjungi mana-mana cawangan Yamaha berdekatan di seluruh negara dalam masa tiga hari ini untuk mendapatkan pemeriksaan keselamatan percuma, bermula hari ini hingga 11 Jun 2018.

Hong Leong Yamaha Motor Umumkan Harga 0% GST Baharu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.