Yamaha Tracer 9 GT 2023 Dapat Sistem Radar – Tawar Fungsi ‘Adaptive Cruise Control’

Yamaha bakal menaik taraf Tracer 9 GT dengan teknologi radar Bosch bagi tahun 2023.

Teknologi tersebut merupakan yang sama terdapat pada Ducati Multistrada V4 dan KTM 1290 Super Adventure.

Menurut laporan media Jerman, Motorrad, sebuah Yamaha Tracer 9 GT telah pun dikesan menjalani ujian di negara itu baru-baru ini.

Berdasarkan gambar ‘spy shot’ yang berjaya dirakam, jelas menampakkan sebuah Tracer 9 GT dengan bahagian depan yang berbeza berbanding model yang diperkenalkan tahun lalu.

Terdapat sebuah kotak kecil berwarna hitam telah diletakkan di antara lampu utama hadapan yang menempatkan teknologi radar tersebut.

Dengan adanya teknologi tersebut, ini bermakna Tracer 9 GT 2023 akan dilengkapi fungsi ‘Adaptive Cruise Control’ (ACC) mengggantikan sistem ‘cruise control’ konvensional yang terdapat pada model sedia ada.

Namun menurut Motorrad, ketika Ducati Multistrada V4 dan KTM 1290 Super Adventure menempatkan radar di bahagian depan (ACC) dan belakang (Blind Spot Detection), Tracer 9 GT akan datang itu pula hanya menawarkan sistem radar di bahagian depan sahaja.

Ini kerana ‘spy shot’ yang dikongsikan tidak menunjukkan sebarang kehadiran radar di bahagian ekor.

Bagaimanapun, apa yang pasti naikt taraf terbaru yang dilaksanakan Yamaha pada Tracer 9 GT itu secara tidak langsung memberi bayangan bahawa teknologi tersebut akan turut diperkembangkan kepada model ‘touring’ lain.

Nantikan pelancaran global Yamaha Tracer 9 GT 2023 itu yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]