MotoGP: Francesco Bagnaia Akan Menyertai Pasukan Pramac Ducati Pada Tahun 2019!

  • Penunggang Moto2, Francesco Bagnaia, telah menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan pasukan Pramac Ducati MotoGP.
  • Penunggang dari Itali berusia 21 tahun itu akan merealisasikan impian MotoGPnya pada tahun 2019 dan 2020 di atas jentera Ducati.
  • Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Bagnaia dan pasukan SkyVR46 Racing di laman Twitter.

 

Belum lagi bermula musim MotoGP 2018, sudah ada yang mengikat kontrak mereka bagi musim 2019, di mana Francesco Bagnaia telah menandatangi perjanjian bersama pasukan Pramac Ducati, membolehkannya menyertai kelas premier MotoGP. Berita mengenai perjanjian dua tahun penunggang muda dari Itali ini telah diumumkannya sendiri bersama pasukan SkyVR46 Racing di laman Twitter.


Bagnaia mempunyai hubungan rapat dengan Ducati buat sekian waktu. Pengarah Sukan Ducati Corse, Paolo Ciabatti telah mengutarakan minatnya terhadap penunggang berusia 21 tahun itu di mana dia telah mempamerkan keputusan yang memberangsangkan, terutamanya dalam kelas Moto3 dan Moto2. Bagnaia telah dianugerahkan dengan “Moto2 Rookie of the Year” selepas menduduki tangga kelima keseluruhan dalam musim pertamanya di kelas pertengahan tersebut.

Ini juga bermakna bahawa Danilo Petrucci akan meninggalkan pasukan Pramac Ducati menjelang hujung musim ini. Bagaimanapun, terdapat satu klausa dalam kontraknya yang mana dia boleh mendapat tempat dengan pasukan pengilang sekiranya ada tempat kosong. Dengan pasukan pengilang kini diisi oleh Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo, kita mungkin perlu sedikit masa bagi mengetahui sambungan kisah Danilo Petrucci pada tahun 2019.

Setakat ini, hanya dua orang penunggang sahaja yang telah mengesahkan tempat mereka bagi musim 2019 dan 2020. Penunggang pertama yang mengumumkan sambungan kontraknya adalah Maverick Viñales di mana dia telah memperbaharui kontraknya bersama pasukan Movistar Yamaha MotoGP pelancaran kemasan grafik terbaru mereka.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segala perkembangan terkini MotoGP.

Hafizh Syahrin Sah Akan Bersaing Dalam MotoGP!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.