Khabar dari Vietnam: Moped Yamaha 155cc VVA berkod T155?

Terdapat khabar dari Vietnam dan dilaporkan oleh TMCBlog, bahawa Yamaha sedang menyiapkan jentera moped dengan kod T155.
Bagi mata yang memerhati, kod T135 dan T150 adalah rujukan pada jentera Yamaha 135LC dan Y15ZR.

Wujudnya kod T155 ini menunjukkan bahawa mungkin Yamaha sedang menguji jentera yang berasaskan rupa bentuk moped 135LC dan Y15ZR.

Enjin 155cc dengan teknologi VVA adalah salah satu enjin baharu dari Yamaha yang telah dilengkapkan kepada NVX155(Malaysia), R15 dan Vixion R (Indonesia).

Adalah logik untuk memikirkan bahawa Yamaha akan menggunakan enjin ini untuk generasi baru moped 150cc kerana Y15ZR adalah naiktraf dari enjin 150cc dari FZ150i, yang telah wujud sejak 2007.

Yamaha mungkin ingin menjadi peneraju jentera 150cc moden dengan teknologi penjimatan dan prestasi yang cemerlang dengan hadirnya sistem VVA yang belum wujud dalam pasaran moden (setakat pengetahuan kami).

Namun, bagi pasaran Malaysia, jentera berkapasiti lebih 150cc tidak lagi mendapat penjimatan cukai jalan, kerana cukai jalan 155cc bernilai RM30 berbanding hanya RM2.

Sumber: TMCBlog

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.