MotoGP: Dovizioso Tinggalkan Ducati Hujung Musim Ini

Advertisements

Selepas berbulan Ducati MotoGP dan Andrea Dovizioso gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak lanjutan, akhirnya disahkan pelumba itu membuat keputusan untuk tukar angin.

Perkara itu disahkan sendiri pengurus Dovizioso, Simone Battistella yang membuat pendedahan kepada Sky Italia.

“Kami telah berbincang dengan Ducati dan Andrea menjelaskan keputusannya untuk tidak meneruskan kariernya bersama pasukan itu selepas ini.

“Kami berasakan keadaan semasa tidak membenarkan kami untuk meneruskan perhubungan ini.

“Bagaimanapun, Andrea masih bercadang untuk terus berlumba (di MotoGP) sekiranya terdapat tawaran yang baik,” jelasnya.

Pendedahan tersebut seakan satu kejutan buat keseluruhan kem MotoGP tatkala Ducati dan Dovizioso sedang bersiap sedia untuk sesi kelayakan di GP Austria, ketika ini.

Dovizioso telah bersama Ducati sejak 2013 – menggantikan Valentino Rossi – dan telah pun merekodkan 14 kemenangan dengan 61 podium setakat ini.

Persoalannya, siapakah yang bakal mengisi slot ditinggalkan Dovizioso bersama Jack Miller bagi musim 2021?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.