GP Austria: Vinales Terpantas Sesi Kelayakan

Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok selepas merekodkan masa terpantas ketika sesi kelayakan di Red Bull Ring, hari ini.

Vinales merekodkan catatan masa 1 minit 23.450 saat diikuti Jack Miller (Pramac Ducati) dengan 1’23.518s sementara pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo (Petronas SRT) melengkapkan barisan depan dengan catatan masa 1’23.537s.

Sementara itu, pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso – yang membuat kejutan untuk tidak bersama pasukan itu musim depan – menduduki petak ke-4 disusuli Pol Espargaro dari Red Bull KTM.

Menariknya, Vinales bukanlah terpantas di empat sektor di Red Bull Ring dengan Ducati mengungguli Sektor 1,2 dan 4 menerusi Miller dan Dovizioso sementara Alex Rins (Suzuki) terpantas di Sektor 3.

Dalam perkembangan sama, juara GP Republik Czech minggu lalu, Brad Binder (Red Bull KTM) bakal memulakan aksi di petak ke-17 dengan catatan masa 1’24.485s.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]