Ducati Streetfighter V4, Panigale V2 Mendarat Di Malaysia Dalam Masa Terdekat?

Sejak menghadiri pelancaran Ducati Streetfighter V4 dan Panigale V2 di Rimini, Itali, Oktober tahun lalu, kami ternanti-nanti bilakah model ini akan dibawa ke Kuala Lumpur.

Persoalan itu semakin membuak-membuak tatkala masih tiada pengesahan daripada pihak Ducati Malaysia mengenai kedua-dua model ini.

Kini, timbul maklumat baharu yang seakan memberi bayangan Streetfighter V4 dan Panigale V2 akan mendarat dalam masa terdekat.

Ini susulan maklumat jangkaan harga yang didedahkan di laman sosial Facebook oleh Speed House MY bagi kedua-dua model terbabit.

Berdasarkan perkongsian itu, Streetfighter V4 dijangka ditawarkan sekitar RM119,000 manakala varian V4S, RM159,900 sementara Panigale V2 dianggarkan sekitar RM109,900.

Ducati Streetfighter V4 S

Ducati Streetfighter V4 merupakan motosikal jenis ‘hyper naked’ yang menawarkan lebih 200hp hasil daripada enjin yang telah ditala daripada nadi sama yang terdapat pada Panigale V4.

Manakala varian SP menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi antaranya fork depan elektronik dari Ohlins, ekzos Akrapovic dan pakej elektronik.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Streetfighter V4 KLIK SINI.

Sementara itu, Panigale V2 juga sertai barisan jentera yang diperkenalkan ketika Ducati World Premier (DWP) 2020.

Ducati Panigale V2

Berdasarkan penerangan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, V2 merupakan jentera sportsbike yang dibina bukan sahaja memfokuskan terhadap kegunaan di litar malah jalan raya.

Ducati Panigale V2

Lebih jinak berbanding V4, Panigale V2 menawarkan enjin 955cc yang menghasilkan sekitar 155hp.

Bacaan lanjut mengenai Panigale V2 sila KLIK SINI.

Perlu dimaklumkan masih tiada sebarang pengesahan daripada pihak Next Bike Sdn Bhd – selaku pengedar rasmi Ducati di Malaysia – mengenai kemasukan Streetfighter V4 dan Panigale V2 namun ikuti perkembangan selanjutnya mengenai kedua-dua model ini di MotoMalaya.Net!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply