Saya Mampu Cabar Kelompok Depan – Hafizh Syahrin

Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam.

Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15.

“Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik.

“Saya rasa mampu beri tentangan terhadap kelompok depan tetapi bermula di kedudukan belakang menyukarkan keadaan. Kami tidak bernasib baik dengan pemilihan tayar ketika sesi kelayakan kedua (Q2),” jelasnya.

Hafizh terpaksa kembali ke Moto2 selepas dua tahun bergelut di kelas premier ketika bersama pasukan Tech3.

Aron Canet

Menariknya, ketika pelumba lain menggunakan jentera Kalex, Hafizh dan rakan sepasukan Aron Canet (tempat ke-5) berjaya memberi tekanan meskipun dengan jentera Speed Up.

Malah, Hafizh turut mengatasi dua pelumba daripada pasukan Petronas, Xavi Vierge (ke-19) Jake Dixon (ke-23) dan turut menjadi ‘highlight’ pengulas ketika dia memintas Vierge.

Aksi Moto2 bersambung di GP Andalucia litar sama hujung minggu ini

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]