Sebuah paten yang menunjukkan sebuah motosikal Honda tiga roda telah tersebar di atas talian. Meskipun ia tertulis sebagai “dua atau enam silinder”, kami amat yakin yang ia akan menggunakan enjin ‘flat-Six’ model Gold Wing. Adakah ini pertaruhan Honda bagi mencabar model Yamaha Niken?
Category: Honda
Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.
Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi menamatkan kedua-dua perlumbaan kelas JSB1000, Kejuaraan Motosikal Seluruh Jepun (AJRRC) di kedudukan kesembilan di Litar Motegi, Jepun, semalam. Pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA itu menamatkan saingan dalam perlumbaan 2 dengan catatan keseluruhan 42 minit 41.130 saat selepas merekodkan kedudukan sama di perlumbaan 1, kelmarin. Perlumbaan 2 menyaksikan wakil Jepun,…
Honda CRF1000L Africa Twin mungkin akan tampil dengan enjin berkapasiti 1100cc pada tahun 2020. Penambahan kapasiti ini adalah untuk menyediakan motosikal tersebut bagi mematuhi piawaian Euro 5. Motosikal kembara kelas pertengahan turut menghasilkan jumlah kuasa yang sama seperti model Africa Twin semasa.
Sebuah Honda GL1800 Gold Wing baharu versi lebih ringkas telah diperkenalkan. Ia mendiami segmen motosikal bagger,tetapi tanpa kotak bagasi atas (top case) dan mempunyai penghadang angin yang lebih rendah. Fungsi dan ciri yang lain masih dikekalkan.
Marc Marquez mendominasi perlumbaan di GP Argentina sekaligus merekodkan kemenangan ketiga di Termas de Rio Hondo. Marquez mempamerkan prestasi mantap sepanjang sesi ujian minggu lalu sebelum mengesahkan kemenangan di hari perlumbaan. Pertahan juara itu berada di depan seawal selekoh pertama dan tampak tidak tergugat sebaik perlumbaan menghampiri pusingan terakhir. Selepas empat pusingan, wakil Honda itu…
Honda meraih kemenangan penuh bermakna dalam aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 menerusi Azroy Hakeem Anuar yang mengungguli kategori CP150 di Jasin, Melaka, semalam. Kemenangan tersebut menyaksikan wakil Idemitsu Honda Yuzy Racing itu berjaya merangkul kemenangan pertamanya bagi kategori perdana di samping menamatkan dominasi jentera Yamaha selepas dua musim. Meskipun bermula di petak…
Semua orang sedang bercakap tentang kereta atau motosikal elektrik ketika ini. Gelombang perubahan itu semakin mendapat tempat dengan penghasilan kereta Tesla dan motosikal Zero. Perubahan itu turut berjangkit kepada pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley Davidson yang telah memperkenalkan LiveWire, sebuah motosikal elektrik yang akan memasuki pasaran dunia tahun depan. Enggan ketinggalan dengan peralihan ini, pengeluar…
Honda bakal memberhentikan operasi kilang kereta di Barat England pada 2021 yang akan menyaksikan seramai 3,500 akan kehilangan pekerjaan sekaligus menjadi tamparan berat buat England yang semakin menghampiri Brexit. Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media di Tokyo di mana Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Takahiro Hachigo memberitahu media bahawa keputusan tersebut dilakukan…