Honda GL1800 Gold Wing Baharu Yang Lebih Bergaya

  • Sebuah Honda GL1800 Gold Wing baharu versi lebih ringkas telah diperkenalkan.
  • Ia mendiami segmen motosikal bagger,tetapi tanpa kotak bagasi atas (top case) dan mempunyai penghadang angin yang lebih rendah.
  • Fungsi dan ciri yang lain masih dikekalkan.

Sebuah model Honda GL1800 Gold Wing baharu yang lebih bergaya telah diperkenalkan, setahun selepas pelancarannya.

Terdapat permintaan yang hebat untuk sebuah motosikal bagger ala tourer yang tidak terlalu ketara ciri “touring”nya dan lebih bergaya, dan para pengeluar yang lain telah menikmati jualan yang memberangsangkan bagi model sebegini. Motosikal bagger adalah sebuah motosikal touring yang diringkaskan dan lebih bergaya dengan pannier, tetapi tanpa kotak bagasi atas (top case).

Model Gold Wing baharu ini mengingatkan kita kepada model Gold Wing F6B sebelum ini. Ia dilengkapi dengan penghadang angin yang rendah, tanpa top case, dan bahagian yang dilegapkan bagi memberikannya rupa paras buatan khas yang lebih langsing.

Ketiadaan top case tersebut bermakna tiada ruang simpanan sebanyak 50 liter, pembesar suara belakang, dan juga penyandar belakang pembonceng, tetapi, ia juga bermakna yang motosikal ini 40 kilogram lebih ringan.

Pemilik masih lagi boleh menikmati enjin flat-Six, 1833cc motosikal ini, yang mana menghasilkan sehingga 125 hp dan 169.5Nm tork. Ciri-ciri elektronik seperti pendikit ‘Ride-by-Wire’, mod penunggangan, kawalan cengkaman, penghidupan enjin tanpa kunci, suspensi elektronik, lampu LED, dan sistem infotainmen yang mengintegrasikan keterpautan Bluetooth, muzik, peta, dan Apple Carplay masih lagi dikekalkan.

Model Gold Wing “standard” yang baharu ini akan didatangkan dengan transmisi 6 kelajuan yang standard, bermakna tanpa DCT (Dual Clutch Transmission).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]