Honda Bakal Tutup Kilang Di England, 3,500 Pekerja Terjejas

 

Honda bakal memberhentikan operasi kilang kereta di Barat England pada 2021 yang akan menyaksikan seramai 3,500 akan kehilangan pekerjaan sekaligus menjadi tamparan berat buat England yang semakin menghampiri Brexit.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media di Tokyo di mana Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Takahiro Hachigo memberitahu media bahawa keputusan tersebut dilakukan selepas mengambil kira pelbagai faktor namun dia menegaskan Brexit bukan faktor utama dalam pengunduran mereka dari negara itu.

“Kami masih belum tahu perubahan yang akan berlaku selepas Brexit. Kami perlu tunggu dan lihat sebelum mendapat gambaran sebenar.

“Kami menyesali apa yang berlaku tetapi ini adalah jalan yang terbaik berdasarkan situasi semasa,”katanya.

Hachigo turut menjelaskan bahawa Honda akan memulakan perbincangan bersama pekerja yang terkesan di Swindon.

Kilang tersebut menghasilkan model popular Honda Civic dengan lebih 150,000 unit pengeluaran setiap tahun.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]